Hadir Di KLFW, Penampilan ‘Vogue’ Ummi Nazeera & Abangnya Curi Tumpuan Ramai

Apabila menghadiri acara yang melibatkan fesyen semestinya ramai yang ingin tampil dengan penampilan yang ‘style’ dan lain daripada yang lain. Menggayakan sesuatu busana bukanlah perkara yang mudah jika tidak sesuai dengan diri. Apatah lagi bila seseorang itu mengenakan penampilan yang berhijab. Patinya banyak perkara yang harus dititik beratkan termasuklah soal aurat.

Baru-baru ini penampilan dua beradik ini iaitu Ummi Nazeera dan abangnya, Datuk Nazreem Musa di Kuala Lumpur Fashion Week 2022 telah menjadi perbualan hangat netizen di platform media sosial kerana gaya mereka yang memukau.

Umum mengetahui, Kuala Lumpur Fashion Week merupakan acara fesyen yang berlangsung setiap tahun di Pavillion Kuala Lumpur. Ummi dan abangnya menghadiri acara tersebut bagi menyokong pereka fesyen terkenal Kit Woo.

Menerusi laman sosial Instagram milik Ummi Nazeera dia berkongsikan beberapa gambar bersama abangnya yang berada di pertunjukan fesyen tersebut.

“Another day with my brother @nazreemmusa & friends at #klfw2022

Love the collection & we are both in @kitwoo ” tulisnya di ruangan kapsye.

Di dalam gambar tersebut Ummi Nazeera mengenakan persalinan jaket ‘oversized’ yang berwarna hitam serta lengkap bercemin mata manakala abangnya Nazreem memakai sut bertali berwarna putih dan biru.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memuji penampilan yang dikenakan oleh dua beradik ini yang sentiasa mengikut perkembangan fesyen terkini. Bukan itu sahaja, keakraban Ummi Nazeera dan Nazreem juga menjadi tumpuan ramai dek kerana sama cantik dan sama kacak.

Antara komen warganet di laman Instagram:

“Fantastic look dear Nazeera & Nazreem..luv both of you..”


“Terbaik..berhijab tak semestisnya tak boleh berfesyen..”

“Effortless so atas and so high class”

“Tak ketat dan jarang pun cantik”

Gambar yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera)

Sekadar info, Ummi Nazeera menyambung pengajian di Royal Melbourne Institute of Technology (MIT), Melbourne, Australia dalam bidang Sarjana Muda Perniagaan. Dia juga telah bergelar isteri kepada Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani iaitu seorang doktor berasal dari Kuala Lumpur pada 23 Julai 2017. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ayra Aneesah yang dilahirkan pada 22 Ogos 2018.