[VIDEO] Masih Buat Kenduri Kahwin, Polis Terpaksa Datang Arahkan Tetamu Pulang

Kini wabak Covid-19 dilihat semakin meningkat dari hari ke hari dan rakyat Malaysia diarahkan untuk menjalani perintah kawalan pergerakan.

Menerusi perintah kawalan ini rakyat diminta untuk memberi kerjasama dalam menangani penularan wabak ini.

Namun begitu, ramai diantara rakyat Malaysia masih tidak mematuhi arahan dan garis panduan yang diberikan.

Masih ramai yang keluar dari rumah 

Sebelum ini kita lihat masih ramai yang makan di restoran, keluar melepak dan yang terbaru tetap mengadakan majlis biarpun telah diarah untuk tidak berbuat demikian.

Perintah Kawalan ini dilaksanakan untuk memutuskan rantaian wabak Covid-19 supaya tidak terus berlarutan.

Walaupun banyak majlis perkahwinan yang ditunda, namun masih ada yang tetap mahu meneruskan majlis mereka.

Majlis Perkahwinan masih berlangsung seperti biasa

Terbaru, telah tular satu video yang memaparkan majlis perkahwinan masih berlangsung biarpun orang ramai telah dilarang berbuat demikian.

Video itu memaparkan pihak polis terpaksa datang untuk membuat rondaan dan menyuraikan orang ramai yang telah hadir.

Majlis perkahwinan itu dikatakan berlangsung di Alor Setar, Kedah. Lebih memeranjatkan ramai tetamu yang hadir ke majlis berkenaan.

Tidak mahu menunda majlis

Menerusi video berkenan majlis dilihat berlangsung seperti kebiasaan majlis perkahwinan lain walaupun kini rakyat dibawah arahan perintah kawalan pergerakan.

Jelas kelihatan masih ramai tetamu yang hadir meskipun sepatutnya ketika ini mereka patut berada dirumah masing-masing.

Segala aktivi keramaian yang melibatkan ramai orang sepatutnya tidak berlaku kerana ia akan menggalakkan wabak berkenaan tersebar.

Sementara itu dapat kita perhatikan, pihak polis yang membuat rondaan di tempat kejadian segera mengarahkan semua tetamu yang hadir segera pulang dan meninggalkan majlis serta merta.

Rakyat kecewa dengan sikap orang ramai

Video tersebut telah tular dan mendapat perhatian ramai dan orang ramai turut meninggalkan respon di ruangan komen.

Sikap orang ramai yang dilihat tidak mematuhi perintah kawalan pergerakan ini menimbulkan ketidakpuasan kepada orang lain.

Sepatutnya tuan rumah perlu menunda majlis tersebut dan sama-sama berkurung di dalam rumah.

Sikap mereka menipiskan harapan untuk memutuskan rantaian Covid-19

Melihat kedegilan rakyat Malaysia yang tidak mengambil berat peraturan ini menyebabkan orang ramai kecewa.

Sikap rakyat Malaysia ini dilihat sedikit sebanyak menipisan harapan untuk memutuskan rantaian COVID-19 yang sedang melanda negara.