“Berniaga Sambil Sedekah” Abang Rider Jual Semua Makanan RM1 Raih Pujian Netizen!

Berniaga sambil bersedekah bukanlah satu perkara yang semua orang mampu lakukan bahkan ianya memerlukan tahap keikhlasan yang tinggi.
Iospital phone repair gombak
Apatah lagi di dalam ekonomi terumbang-ambing ini sudah tentu peniaga juga perlu meningkatkan harga makanan demi memastikan mereka ‘balik modal’ kerana harga barangan kini juga semakin naik.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang rider dikatakan menjual setiap makanan dan minuman jualannya dengan harga RM1 sahaja mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @fadhil.zainall, Rider berkenaan menggunakan motosikal untuk berniaga dan dalam masa yang sama menjaja terus dari atas motor dengan mengikat makanan di bahagian belakang motosikal.

Difahamkan, rider pemurah tersebut menjaja makanan di sekitar Petaling Jaya berdekatan First Avenue dan akan berada di pejabatnya sekitar jam 7.20 pagi pada setiap hari.


“Semua harga makanan dan minuman breakfast RM1. Ramai gila guys, setiap kali pagi 7.20 on time, dia mesti ada dekat sini. Semoga abang ni dimurahkan rezeki. Harini aku beli nasi lemak, ada karipap dengan cekodok dan air. Semuanya RM4,” katanya dalam video berkenaan

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen seakan tidak percaya dengan harga jualan sangat murah yang sememangnya sukar untuk dijumpai pada masa kini.

“Ya Allah harga ni dekat kampung pun tak dapat. Meniaga sambil bersedekah abang ni. Semoga dia dikurniakan kesihatan dan diilimpahkan rezeki,”-Netizen

Netizen juga menganggap rider tersebut sememangnya berniat untuk berniaga sambil bersedekah sekaligus mendoakan peniaga ini dimurahkan rezeki.

Antara komen warga maya:

“Nampak abang tu yakin dengan rezeki dia..”

“Murah betul ya Allah mana lagi nak dapat kuih singgit 3 sekarang ni.. moga makin murah rezeki abang rider tu”


“Air nescafe tu.. RM1 je zaman sekarang ni mana nak dapat..”


Video yang tular di laman TikTok:

@fadhil.zainall Replying to @depeonies91 ♬ original sound – fadhil.zainall