Berang Jual Menu Sama, Makcik Nasi Lemak ‘Biadap’ Serang Gerai Sebelah Buat Ramai Kurang Senang

Sifat dengki sememangnya ada di dalam hati manusia bahkan pada masa kini ada yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka ‘puas hati’ tanpa memikirkan orang lain.
Iospital phone repair gombak
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang peniaga nasi lemak dikatakan menghalau seorang peniaga kerana tidak puas hati mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, memaparkan pergaduhan antara peniaga-peniaga nasi lemak dipercayai berlaku di sekitar VADS, TTDI.

Dapat kita lihat seorang makcik datang ke gerai wanita ini dan menyerang mereka meminta agar tidak berniaga di kawasan tersebut kerana menu yang dijual adalah sama seolah-olah menutup pintu rezeki nya.

Namun apa yang lebih menjadi perhatian ramai apabila makcik tersebut turut ‘memetik’ nama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung kawasan perniagaan tersebut dan mengeluarkan kata-kata kasar untuk menghalau pemilik gerai yang baru sebulan memasang khemah disitu.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berasa kurang senang melihat tingkah laku makcik tersebut malah mengatakan kuasa membeli itu pada pembeli dan rezeki sememangnya dari Allah.

Netizen juga akui perkara ini juga lahir dari hasad dengki manusia dan risau jika berlaku perkara buruk pada peniaga tersebut.

Antara komen warga maya:

Tak percaya rezeki ke?

“Dia takut orang niaga benda sama sebab dia tahu nasi lemak dia tak sedap!”



Video yang tular: