“Dia nak beratur juga..” Ketabahan Luar Biasa Pelanggan Kieda Crepe Ini Buat Ramai Sebak

Terlahir lain daripada yang lain ataupun kurang upaya (OKU) bukan lah satu perkara yang boleh dipilih malah ianya merupakan ketentuan sama ada untuk mengujinya sebagai hamba ataupun menguji kita yang normal untuk berbuat baik pada mereka.

Iospital phone repair gombak

Tidak dinafikan, ketabahan mereka sebagai golongan OKU menjalani kehidupan seharain sememangnya perlu dipuji. Walaupun mempunyai kekurangan dari segi fizikal namun ianya bukanlah satu penghalang untuk hidup seperti orang biasa.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki yang peniaga berkongsi cerita tentang seorang pelanggan yang ‘luar biasa’ mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @kiedacrepe, dapat kita lihat salah seorang pelanggannya yang juga merupakan seorang yang kurang upaya dimana kudung sebelah kaki dan menggunakan tongkat masih tetap mahu beratur panjang untuk membeli jualannya.


Menurut Kieda, dia telahpun meminta agar pelanggan tersebut naik ke atas tanpa perlu beratur namun lelaki ini tetap ingin menunggu gilirannya tanpa memotong barisan yang panjang itu.

“Kieda panggil naik dulu pun tetap dia tak mahu. Dia nak beratur juga. Tahniah sebab menjadi manusia yang tak mengharapkan simpati orang. Tahniah sebab menjadi manusia yang selalu berusaha walaupun diri tak sempurna macam orang lain. Im speecheless,” katanya

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut kagum melihat kegigihan dan ketabahan lelaki tersebut yang jelas tidak mahu meminta sebarang simpati dan ingin hidup seperti insan biasa.

Bukan itu sahaja, netizen juga turut memuji sikap Kieda yang memberi peluang untuk individu seperti ini agar tidak beratur dan terus ke ruangan membeli.

Antara komen warga maya:

“Dia tak rasa dia ada kekurangan.. kuat semangat..”

“Abang jangan buat kami macam ni bang.. rasa bersalah kalau biarkan abang beratur..”


“Tiba2 air mata laju je”

“Walaupun dia tahu ada kekurangan pada dirinya tapi dia tetap tak susahkan orang”


Video yang tular di laman TikTok:

@kiedacrepe Tahniah sebab menjadi manusia yang tak mengharap simpati org. Tahniah sebab jadi manusia yang selalu berusaha walaupun diri tak sempurna mcm org lain, im speechless 🥲😢 @kiedaamy #kiedacrepe #hqkiedacrepe_penang #fypage ♬ suara asli – Positive Vibes Lesti kejora