Connect with us

Viral

Berniaga Jauh Nak Lari Dari Pesaing, Peniaga Yong Tau Foo OKU Nangis Undang Sebak Netizen

Mencari rezeki dalam dunia yang serba moden dan harga barang yang makin meningkat naik ini bukanlah satu perkara yang mudah buat sesiapa sahaja. Boleh dikatakan ramai yang terkesan dengan peningkatan barang untuk kehidupan harian. Lebih-lebih lagi kepada peniaga yang menjual di pasar malam, tepi jalan dan medan selera.

Iospital phone repair gombak

Pun begitu, baru-baru ini tular di platform media sosial dengan sebuah video memaparkan seorang lelaki yang menangis ketika sedang berniaga makanan young tau foo di sebuah stesen minyak.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh wanita @_lyrarosli ini telah mengundang sebak warganet apabila melihatnya.

Menurut wanita yang bernama Amalina Nisa ini, dia mengatakan lelaki tersebut mengalirkan air mata selepas sahaja menerima sedekah daripada seorang individu lalu menzahirkan dan mendoakan kesejahteraaanya.

“Dia nangis awak sebab ada orang sedekah dekat acik (pakcik) ni. Terus dia doakan dekat hamba Allah yang sedekah dekat acik ni,” kata Nisa di ruangan komen setelah ditanya netizen apa sebenarnya yang berlaku.

Difahamkan pakcik ini merupakan orang kelainan upaya (OKU) namun dia tetap mencari rezeki hampir setiap hari selepas waktu tengahari di Petronas di Selama, Perak.


Walaupun menetap di Taiping, peniaga ini dikatakan terpaksa berulang-alik dari rumahnya menaiki motosikal untuk ke tapak perniagaanya hanya kerana terlalu ramai menjual makanan yang sama di kawasan tempat tinggal berkenaan. Malah dia juga akan membatalkan hasrat untuk mencari rezeki jika keadaan cuaca tidak mengizinkan.

“Hari-hari dia berniaga. Kalau hujan dari tengah hari macam tu dia tak datang, selalunya selepas Zohor pakcik ni sampai dah dekat Petronas Selama untuk berniaga. Saya pernah nampak pakcik ni pulang ke Taiping dalam hujan lebat Ya Allah luluh hati masa tu tengok. Hampir setiap hari ulang alik dari Taiping ke Selama…”

“Hari-hari menjual. Kadang tu kalau hujan awal, dia tak datang sebab nak datang Selama pun makan masa 30 minit. Petronas Selama ni di pekan kecil kak” jelas Nisa yang menjawab pertanyaan netizen di ruangan komen.


Dalam video yang lain pula, wanita ini juga sempat berjumpa lelaki itu semula untuk menyerahkan sumbangan daripada seorang individu selepas videonya tular.

“Kali kedua datang sampaikan amanah daripada insan yang baik hati. Alhamdulillah berkat kuasa viral. Terima kasih yang mana support jualan pakcik ni” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut bertanyakan soalan dimana tempat lokasi pakcik tersebut berniaga kerana ingin datang untuk ‘support’ jualannya.

Bukan itu sahaja, mereka juga mendoakan agar peniaga ini sentiasa diberikan kesihatan, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.

Antara komen warganet:

“semoga sihat selalu hendaknya untuk mencari rezeki..”


“semoga pakcik ini dimurahkan rezeki..”


“moga jualan niaga pakcik ni sentiasa laris…”


“bukan semua orang meniaga sebab nak kaya tambah harta, ada yang meniaga sebab itu lah satu satu punca sesuap nasi..”

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@_lyarosli kali kedua datang sampaikan amanah dari insan yang baik hati alhamdulillah berkat kuasa viral terima kasih yang mana support jualan pakcik ni . #fyp #foryoupage ♬ original sound –

@_lyarosli tak miskin di dunia jikalau hulur kepada orang yang tepat ☝. #fyp #fypage ♬ original sound –

Advertisement

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)