Terpaksa Buang Stok Dalam Tong Sampah, ‘Team Leader’ Dakwa Ditipu Founder Produk Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

Kejayaan seorang pengasas perniagaan sememangnya banyak bergantung kepada stokis dan ejen. Lebih-lebih lagi produk kecantikan ataupun tudung yang sering menjadi pilihan golongan wanita. Namun tidak dapat dinafikan kebanyakkan peniaga juga ada yang perlu bersaing untuk terus hidup dalam pasaran.

Iospital phone repair gombak

Terbaharu, tular sebuah video di platform media sosial apabila seorang ‘team leader’ satu produk kecantikan telah membuang produk yang dijualnya ke dalam tong sampah besar ini mendapat perhatian netizen.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @fareedrashidl di laman TikTok ini memaparkan ribuan sacet minuman berkenaan telah dibuang.

Menurut lelaki yang bernama Fareed ini, dia mendakwa perkara ini berlaku kerana founder tersebut mula menjual produk kepada pemborong dan telah menyebabkan dirinya tidak dapat membuat jualan.

Selain itu, ejen ini juga perlu menghabiskan 10,000 kotak dalam masa yang amat panjang. Dalam pada itu, Fareed turut menjelaskan ada lebihan 2,000 kotak yang tidak dijual dan terpaksa dibuang kerana tarikh luput sudah hampir.


Tambahnya lagi, perkara sebegini merupakan sebahagian asam garam dalam kehidupan perniagaan dan dia sudah berlapang hati menerima apa yang berlaku. Namun, dia sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada netizen yang telah memberikan kata-kata semangat serta mendoakannya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut memberikan pelbagai reaksi mengenai situasi tersebut. Bukan itu sahaja, mereka juga bersimpati dengan keadaannya dan turut menitipkan doa agar dirinya sentiasa dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan.

Antara komen warga maya:

“yang kaya founder, katanya stock abis di jual..di jual kat pemborang dan pemborang gulung tukar..”



“produk apa..jelaskan kan sini supaya yang lain supaya yang lain tak kena…tolong lah tuan tanah bagi kerjasama..”


“rasanya produk takde masalah but marketing kite yg kena padu, klu xda marketing cmne brang nk jalan..”


“I’m a founder… sebelum stocks baru masuk I pastikan semua team habes jual, Bantu yg belum habes sesame agent so stocks kami xde yg beku semua clear..””

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@fareedrashidl Founder bukan boleh caya pun #fypシ ♬ original sound – rhianne