Beli Sandwich Di Kedai Serbaneka Terkenal, Gadis Ini Dedah Kena ‘Scam’ Dengan Inti Curi Tumpuan Netizen

Tidak dapat dinafikan, ramai di antara kita yang lebih gemar untuk memilih kedai serbaneka sebagai sebuah tempat membeli makanan ringan seperti kerepek kentang, ramen, gula-gula, aiskrim dan sebagainya. Malah kebanyakkan makanan yang sudah siap sedia hanya perlu tinggal untuk dipanaskan sahaja.

Iospital phone repair gombak

Kini, boleh dikatakan pelbagai kedai telah menawarkan menu-menu makanan dari Korea dan Japan yang sering menjadi pilihan tidak mengira umur. Meskipun banyak pilihan dan menu namun kadang-kala kualiti makanan yang dijual tidak setanding dengan harga yang ditawarkan.

Pun begitu, sama juga kisahnya dengan seorang wanita ini yang mendedahkan telah di’scam’ oleh sandwich yang dibelinya itu telah membuatkan ramai terkejut.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @real.eycah ini menunjukkan sandwich “double chicken” dari sebuah kedai serbaneka terkenal. Namun siapa sangka apabila dia membuka bukaan keping roti satu demi satu itu telah mencuri perhatian warganet.


Dalam rakaman tersebut, memaparkan inti yang diletakkan di dalamnya hanya di bahagian hadapan roti tersebut. Dari luaran sememangnya pembungkusan nampak menarik, meriah dan menyelerakan. Bila dibuka seperti ‘indah khabar daripada rupa’.

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya turut bersimpati dengan wanita tersebut kerana telah di ‘scam’ oleh makanan kedai serbaneka tersebut. Bukan itu sahaja, ada juga yang terhibur dengan isi di dalam sandwich berkenaan yang sememangnya ‘indah khabar daripada rupa’.

Malah segelintir daripada mereka juga mengatakan pernah merasai situasi penipuan yang sama.

Antara komen warga maya:

“kalau aku memang aku datang balik komplen wkwkwkw bab makan jangan nak scam-scam eh pantang betul..”



“ye do aku baru beli tadi..hahahah..”


“Hahahahah dah pernah terkena..pasrah je lah sebab lapar..”


“sama sis saya pun kena scam beli kat 7E dah maha rasa rasa ke laut ngam-ngam datang kl bercuti dari Sabah..try-try masuk 7e tengok-tengok kena scam..”


“ye dohh aku beli yang strawberry tu..astaga depan je letak..”

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@real.eycah♬ suara asli – Powerengers bunting – Intan Lembata bunting