[VIDEO] “Hari ini Raj ucap syahadah” Badan Bertatu Penuh, Ebit Bantu Bodyguard Masuk Islam

Bagi yang mengikuti Ustaz Ebit Lew, pasti tahu beliau sentiasa berkongsi kerja dakwahnya di laman Instagram.

Terbaru, menerusi satu matnaik video, Ebit berkongsi tentang pengislaman seorang pemuda bernama Raj.

Menurut Ebit, sudah berminggu dia bermesej dengan Raj sebelum mereka berjumpa.

“Sebak baru sekejap tadi jumpa Raj. Dah berminggu mesej dengan beliau. Hari ini beliau ucap syahadah.”

Tambahnya, Raj akhirnya mengucap kalimah suci syahadah di hadapannya dan diterima baik oleh keluarganya.

“Beliau memeluk Islam. Ya Allah sebak rasa. Begitulah hidayah. Keluarganya semua menerima dengan baik beliau memeluk Islam.”

Ebit Lew juga memberitahu Raj seorang yang lembut dan baik akhlaknya walaupun kerjayanya sebagai bodyguard dan mempunyai tatu di badan.

“Walau bawa senjata kemana-mana sebagai bodyguard. Badan bertatu penuh. Setiap negara pergi satu tatu. Tapi lembut dan baik akhlaknya.”

“Dia nak hadir #SeminarPerbaikiDiri #Keluargasunnah #9feb2020. Semangat dia nak belajar Islam. Tahniah Raj. Ya Allah semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah buat lebih ramai orang memeluk Islam” – ebitlew

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Semoga kerja baik yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew menjadi teladan buat semua untuk sama-sama menyumbang kepada agama.