Berkerusi Roda Jual Kuih Tepung Pelita, Wanita Ini Gigih Ditemani Anaknya

Tidak semua dari kita dikurniakan anggota badan yang sempurna namun kisah ini ternyata mampu membuka banyak mata mengenai wanita ini.

Kisah seorang wanita kurang upaya yang berkerusi roda untuk bergerak namun wanita ini terus cekal dan gigih meneruskan kelangsungan hidupnya.

Wanita ini menjual kuih tepung pelita di sekitar kawasan Wangsa Maju dan bergerak menggunakan kerusi roda untuk menjual kuihnya.

Anaknya turut setia menemani si Ibu berniaga

Kuih tepung pelita jualanya diletakkan di hadapan kerusi rodanya dan wanita ini turut ditemani anaknya si kecil yang setia bersama ibunya.

Ternyata kekurangan fizikal tidak langsung membataskan keupayaannya berusaha mencari rezeki tanpa meminta-minta.

Kisah wanita cekal ini dikongsikan di laman sosial Facebook oleh seorang pengguna yang dikenali oleh Syafiq Msbs

Syafiq turut memohon agar orang ramai mewar-warkan perniagaan wanita tersebut di laman sosial supaya lebih ramai yang boleh membantu wanita ini.

“Kak ina dgn anak dia ni aku jumpe area wangsamaju, Kak ina ni oku. Niaga tepung pelita”.

Tepung pelita sedap dan mari kita share ramai-ramai kisah ini

“Sape-sape nak order boleh call 0175519108, tak dapat support kite share ramai-ramai.
Sedap tepung pelita dia ni, serius”.

Posting yang dibuat oleh Syafiq ini telah mendapat perkongsian lebih 8,300 kali berserta komen yang membina untuk wanita ini.

Rata-rata netizen turut mengagumi kecekalan dan kegigihan wanita ini dan turut mendoakan agar lebih ramai yang datang membantunya.

Semoga kita semua menjadikan kisah wanita ini sebagai inspirasi dan sama-sama kita mendoakan agar Kak Ina terus sihat dan dimurahkan rezeki.