Semalam Harimau Malaya telah berjaya ‘membaham’ skuad Thailand dalam perlawanan Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dengan kemenangan 2-1.

Aksi hebat pasukan Malaysia ternyata mendapat pujian jutaan rakyat Malaysia yang sememangnya berbangga atas pencapaian itu.

Untuk rekod, Thailand pada awalnya memegang takhta Kumpulan G dengan rekod tanpa kalah sebelum ini.

Thailand juga merupakan lawan yang hebat kerana berada jauh di hadapan dalam kedudukan ke-109 ranking.

Manakala Malaysia pula hanya berada di ranking ke-158.

Selain daripada kehebatan Brendan dan Sumareh menjaringkan gol semalam, apa yang menarik perhatian ramai adalah aksi ‘the rolling tackle’ yang dilakukan oleh ketua pasukan Harimau Malaya.

Video yang memaparkan aksi tesebut menjadi tular hingga ke luar negara dan meraih jutaan tontonan.

Video tersebut telah dikongsikan di laman Twitter oleh Troll Football Media.

Tackle bergolek

Hanya dalam tempoh beberapa jam dimuat naik, video tersebut mendapat tontonan lebih sejuta views.


Tahniah diucapkan buat pasukan Harimau malaya dan diharapkan dapat meneruskan prestasi terbaik ini pada perlawanan akan datang.

"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.