[Video] “What A Country…” Chant Harimau Malaya Pukau Mat Salih, Viral Hingga Ke Media Antarabangsa

Negara kita malam tadi bersorak gembira dan hampir semua berita pada hari ini mengenai kemeriahan perlawanan bola sepak yang memihak kepada Malaysia.

Penyokong bola sepak Malaysia pastinya tersenyum lebar terutama penyokong yang berjaya hadir ke stadium menyaksikan sendiri pertembungan epic itu.

Begitu juga dengan penyokong setia yang menonton dirumah dan kehangatan yang turut dirasa bagi penyokong yang menonton di kedai mamak.

85,000 penyokong hadir ke stadium

Perlawanan malam tadi telah dibanjiri dengan kehadiran penyokong sekitar 85,000 orang yang menggamatkan stadium pada perlawanan malam itu.

Apa yang lebih menarik adalah sorakan yang dilaungkan oleh Ultras Malaya itu telah membuatkan seluruh stadium menjadi gegak gempita sekali gus menghangatkan suasana stadium pada perlawanan itu.

Terima Kasih Ultras Malaya

Ultras Malaya juga turut dilengkapi dengan tifo serta formasi sorakan yang dilihat tersusun rapi.

Selain itu, aura yang dibawa oleh Ultras Malaya berjaya menaikkan semangat pemain serta penyokong yang membanjiri stadium itu tanpa perlu disangkal lagi.

Ultras Malaya kejutkan media antarabangsa

Formasi sorakan yang dilakukan oleh Ultras Malaya begitu bersemangat telah mendapat perhatian dari peminat bola sepak serta media antarabangsa dari luar negara.

Satu Portal The Guardian dari UK muat naik video ‘chant’ Ultras Malaya. Bekas Pengarah Pemasaran Persatuan Bola Sepak Iran yang hadir ke stadium malam tadi turut muat naik suasana di stadium yang digamatkan oleh Ultras Malaya.

Kegamatan sorakan dan kemeriahan yang ditunjukkan oleh penyokong Malaysia dan pasukan Ultras Malaya telah diberi pujian dan tular di media sosial.