“Muka ganas tapi..” Gelagat Peserta Lelaki Bertanding Acara Jalan Pantas Undang Dekah Ramai!

Bila adanya acara sukan tahunan di sekolah, pasti ramai yang berpusu-pusu untuk turut mengambil bahagian bagi menaikkan nama rumah sukan masing-masing dan mengumpul sijil.

Iospital phone repair gombak

Kemeriahan sukan tahunan sememangnya tidak tertanding apatah lagi bila adanya suara penyokong yang menyokong peserta dari tepi padang.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana berlangsungnya satu pertandingan unik yang dinamakan ‘jalan pantas’ mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @kinx.z, dapat kita lihat gelagat para peserta yang berjalan secara pantas dalam satu perlumbaan di atas trek.

Namun apa yang membuatkan ramai terhibur adalah gaya gerakan para peserta lelaki yang terlibat dalam acara berkenaan dilihat sangat menyerlahkan ‘keperempuanan’ dan sangat lembut.


Tidak cukup dengan itu, dapat juga kita dengar suara sorakan daripada penonton-penonton yang hadir melihat mereka bertanding.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat perserta malah akui pertandingan tersebut sememangnya sangat unik.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang pernah menyertai pertandingan tersebut dan akui hanya tahan malu demi sebuah kemenangan.

“Kalau hari sukan.. mesti acara ni yang tertunggu kan”- Netizen

Netizen juga sempat menyatakan acara tersebut merupakan acara yang paling dinanti-nantikan apabila tibanya hari sukan sekolah.

Antara komen warga maya:

“Jalan nya sangat slayy”

“Dulu masa sekolah rendah aku juara 1000 meter jalan kaki tapi… takde siapa record aku time tu”


“Muka ganas sudah tapi..”


Video yang tular di laman TikTok:

@_kinx.z_ Terpaling meriah #sukansekolah2022 #jalankaki #fy #fyp #fypシ゚viral ♬ DJ KAU MENGAJARKAN KU SLOW REMIX – DJ Komang Rimex

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah pun meraih 940.9K tontonan, 82.7K tanda suka, 712 komen, 3549 simpanan dan 850 perkongsian di applikasi TikTok.