Beberapa hari lalu tular sebuah video dimana seorang guru terharu diberikan nasi goreng telur sebagai hadiah hari guru daripada seorang murid.

Manakan tidak, guru tersebut mengenangkan usaha ibu pada anak didiknya yang bertungkus lumus membungkuskan makanan itu semata-mata ingin menghargai jasa guru yang mendidik anaknya di sekolah.

Terbaru, seorang lagi guru meluahkan rasa terharu apabila seorang pelajar memberikan gurunya satu sampul yang sangat kecil mencuri perhatian ramai.


Menerusi video yang dimuat naik oleh guru tersebut di laman TikTok nya @cse_balqisshhh, siapa sangka di dalam sampul kecil itu terdapat 3 biji kismis buat gurunya.


Malah, sampul itu kemas dibalut dan dilekatkan menggunakan stapler.

“Nak menitik air mata ni.. ingatkan apa dalam ni.. tapi ada 3 biji kismis dalam kertas kecil yang di stapler kemas.. sebab ikhlas nak hargai guru..”

“Its okay kalau tak bagi hadiah.. balas jasa guru dengan kejayaan kamu” ujar guru ini yang akui ianya merupakan hadiah yang paling diingati.

“Sekolah saya tiada sesi murid beri hadiah kepada guru2. Ini semata2 keinginan murid itu sendiri. Sebab tu sebak”

Video yang tular di laman TikTok:

@qishfavouritethings 😭😭😭😭 hadiah paling diingati.. #hariguru #selamathariguru #teachersoftiktok ♬ original sound – PandaGuy

Meninjau di ruangan komen, rata/rata sebak melihat usaha murid tersebut yang ingin memberikan gurunya hadiah pada hari guru, malah ramai juga yang berkongsi pengalaman yang lebih kurang sama.

Antara komen warga maya:

“Ini mesti dia beli kotak kismis yang kecik tu bahagi2 dekat cikgu2.. comelnya anak bertuah.. semoga dilimpahkan rezeki buat dia”


“Murid ni menghargai awak sebagai gurunya.. dia mungkin teringin nak bagi hadiah macam yang lain tapi dia bagi apa yang dia mampu sahaja.. saya bangga dengan dia..”

“Sampai macam tu anak murid sayangkan awak..”