Acu Pistol Mainan Di Khalayak Ramai, Polis Buru Lelaki ‘Cosplay’ Sebagai Big Smoke

Baru-baru ini, sebuah acara Anime Fest 2022 telah berlangsung di Kuala Lumpur dan ramai yang hadir memakai pakaian menyerupai karakter anime pilihan.

Pun begitu, seorang lelaki bagaimana pun tampil berbeza daripada kebiasaan di mana beliau memilih cosplay Big Smoke selaku salah satu karakter berpengaruh dalam permainan Grand Theft Auto: San Andreas.

Di dalam video tersebut, dia berjalan sambil menyelak baju hingga menampakkan objek menyerupai senjata yang diselit pada seluarnya.


Walaupun ianya hanya sekadar cosplay namun tindakan yang dilakukan jelas salah menurut undang-undang di Malaysia.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Fakhrudin Abdul Hamid, berkata siasatan mengenainya dibuka mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Lebih membuatkan orang ramai tidak selesa, lelaki ini dilihat mengacukan pistol mainan tersebut pada kalangan orang ramai yang berada di pusat membeli belah itu.

Video yang tular di laman TikTok:

@utusantvofficial Dengan individu muat naik pun polis cari juga. #TrendingNewsMalaysia #fyp #beritaditiktok ♬ original sound – UtusanTV

@bigsmoke_.69hunting paimon♬ original sound – BIG SMOKE

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.9M tontonan, 185.4K tanda suka, 8547 komen dan 3631 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizenmenyifatkan tidak salah jika ingin menggayakan sesebuah karakter ataupun cosplay namun haruslah memikir soal undang-undang dan keselamatan orang lain agar tidak mengganggu ketenteraman pengunjung.

“baca komen ni rupanya ramai yang tak tahu undang2 ya, pistol mainan yang menyerupai pistol sebenar memang tak boleh”- Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang meninggalkan komen berkaitan game tersebut malah ada yang berseloroh mengatakan mungkin lelaki tersebut lupa untuk membuat ‘cheat’.

Berikut merupakan komen warga maya:

“udah 3 bintang.. masuk kedai gunting rambut bang hilang la bintang tu”

“aku rasa ni 3 star kot.. buat cheat bang sebelum polis sampai..”