“Berderau darah” Rakaman Lelaki Hampir Diseret Lori Buat Ramai Kecut Perut!

Kemalangan sememangnya tidak dapat dijangka bahkan ia boleh berlaku dimana sahaja tanpa mengira tempat dan masa. Sebab itulah kita sering diingatkan agar berhati-hati terutamanya di atas jalan raya.

Iospital phone repair gombak

Terkadang kita sudah memandu dengan berhemah, namun ada pula pengguna jalan raya lain yang cuai dan akhirnya kita juga yang terkena tempias.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki yang menunggang motorsikal hampir diseret lori telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @wan_akop, kelihatan seorang lelaki yang sedang menunggang motorsikal itu bersedia untuk berhenti ketika di lampu isyarat mulai merah.

Namun begitu, situasi mula bertukar cemas apabila sebuah lori terus memecut di sebelahnya walaupun lampu isyarat sudah pun bertukar menjadi warna merah.

Dia akui terkejut kerana perkara itu hampir menyebabkan kemalangan dan nyata membahayakan banyak nyawa.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video tersebut telah berjaya meraih sebanyak 1.4M tontonan, 120.7K tanda suka, dan 2050 komen di platform sosial TikTok tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui bagai nak ‘luruh jantung’ melihat lori tersebut yang memecut laju kerana tidak mahu berhenti menunggu lampu merah.

“Tabiat ni ada pada semua pemandu. Suka lajak walaupun lampu dah merah” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga bersyukur kerana tidak berlaku sebarang kemalangan sekaligus berpesan kepada orang ramai agar pandu dengan berhati-hati.

Antara komen warga maya:

“Tula kn…nme pon lori klu ad xcdent ckp break pblem..tu lmpu merah trus jer nk ckp break pblem jgk ke😅”

“Berderau darah akk dik.. mmg sipi2 je tu sbb reality x sama dlm kamera.. bengang plak aih dgn lori tu !”

“allahu. terkejut sy tgk..seriau…nasib baik selamat..xde apa2..ckit jer lagi nk kena himpit dkt lori tu.hati2 yer smua”

“ya Allah semoga sentiasa dilindungi Allah”


Video yang tular di laman TikTok:

@wan_akop

jgnlah mcm ni,terkejut kita tau😂

♬ Nan Ko Paham – Kkz D BLG