Kawan Masuk Rekrut Tentera, Sahabat Sejati Sanggup Kejar Naik Motor Buat Ramai Sebak

Bak kata orang, kawan memang mudah untuk dicari, tapi kawan yang ada tatkala susah dan senang bukannya satu perkara yang mudah namun tidak mustahil.
Iospital phone repair gombak
Manakan tidak, pada masa kini ramai yang suka mengambil kesempatan dalam berkawan bahkan ada juga yang seperti duit syiling, depan lain, belakang lain.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki sanggup kejar sahabatnya dengan menaiki motorsikal untuk mengucapkan selamat jalan membuat ramai tersentuh.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @MizaDaus, difahamkan adik lelakinya ingin memasuki markas tentera dan perjalanan adiknya itu diiringi oleh seluruh ahli keluarga oleh kerana mereka tidak akan berjumpa selama beberapa bulan.

Namun apa yang membuatkan ramai sebak apabila salah seorang rakan adiknya sanggup mengejar dengan menaiki motorsikal demi mengucapkan selamat jalan.


Walaupun perbualan diantara mereka tidak dapat dikenalpasti namun jelas kelihatan sahabatnya itu mengalirkan air mata kerana perlu berpisah dengan kawan baiknya.

Meninjau diruangan komen, rata-rata warga netizen terharu melihat persahabatan mereka berdua yang sangat ikhlas bahkan ramai yang akui amat sukar untuk mendapat sahabat yang sanggup susah senang bersama.

Bukan itu sahaja, netizen juga berpesan kepada lelaki tersebut agar tidak melupakan jasa kawannya itu setelah mengecapi kejayaan satu hari nanti.

Antara komen warga maya:

“Sebak tengok.. harap kawan dah berjaya suatu hari nanti jangan lupkan kawan yang naik motor tu.. susah nak dapat kawan macam ni..”

“Kesat air mata kawan dia naik motor tu.. kawan memang senang nak dapat tapi sahabat sejati susah untuk ditemui”


“Tak dan jumpa kat rumah agaknya.. kejar kereta kawan dengan motor untuk ucap selamat jalan..”

“Ini lah yang boleh digelar sahabat.. hargai dia.. satu dalam sejuta”

“Alamak bang, tutup mata pakai visor helmet boleh la.. padahal dah nangis tu..”

“Mata masuk habuk..”

“Kenapa aku pula nangis ni.”


Video yang tular di laman TikTok:

@nurhamizahnornizansedih lah.. dgn aku sekali menangis♬ Lagu Sedih – Muhammad abdul jafar