Kedai Telefon Ditenggelami Banjir, Reaksi Sedih Lelaki Lihat Barang Jualan Undang Sebak Netizen

Banjir yang melanda beberapa kawasan di pantai timur terutamanya Kelantan dan Terengganu kali ini sangat luar biasa menyebabkan ramai penduduk terpaksa berpindah bahkan ada juga nyawa-nyawa yang tidak dapat diselamatkan.

Iospital phone repair gombak

Bukan itu sahaja, dapat kita lihat ramai yang berhempas pulas menyelamatkan barangan berharga dan juga dokumen penting memandangkan air banjir meningkat pada paras bahaya.

Banyak harta benda yang hanyut dibawa air banjir bahkan ada yang kehilangan punca pendapatan kerana tidak dapat bekerja dan ada juga peniaga yang mengalami kerugian yang besar.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki sedih melihat telefon bimbit yang masih baru ditenggelami banjir mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @fourmaleaqa, dilihat seorang lelaki yang reda melibat barangan elektronik jualannya banyak rosak selepas ditenggelami banjir.

Manakan tidak, pastinya ia menelan kerugian yang besar memandangkan harga telefon bimbit pada masa kini bukan lah murah.

Lebih sebak apabila dia dengan sabar membersihkan tempat perniagaannya. Namun difahamkan Lelaki itu berjaya menyelamatkan beberapa kotak telefon pintar dan meletakkannya di atas syiling kedai bagi membuat persiapan jika paras banjir meningkat.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut sedih melihat nasib lelaki tersebut sekaligus berharap agar dia bersabar dengan segala ujian.

“Sabar & redha, hari ini diuji. Esok lusa diberi rezeki yang lebih lagi” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga memberikan pendapat dengan menjualkan kesemua telefon bimbit yang masih boleh digunakan dengan harga yang rendah. Setidaknya, bolehlah mendapat wang walaupun tidak balik modal.

Antara komen warga maya:

“Klau boleh pkai lagi Juai murah2 bang…sy nk tukaq fon baru nie…nk qelai dh nie”

“semoga Allah murahkan lagi rezeki awk.. semoga tabah Dan sabar dalam ujian Allah..sabar ye wak..🥺”


“ada tk yg nak jual murah.sesuai utk bajet suri rumah,nk bli kan utk ank nk spm.fon dia dh retak seribu dh😂”

Video yang tular di laman TikTok:

@fourmaleaqa

byk yg tengelam,,,sabar n redha dgn ujian,,,

♬ original sound – Bed Muo – Cik Bed Muo