Bercerai Setelah 2 Hari Berkahwin, Gadis 17 Tahun Tak Faham Kenapa Dilabel ‘Janda’

Setiap insan yang mendirikan rumah tangga pasti berharap agar mahligai yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat. Pun begitu, tidaklah semua orang bernasib baik dimana ada yang perlu berpisah atas sebab-sebab tertentu.

Bagaimana pun, pada masa kini title ‘janda’ seolah-olah dipandang serong oleh masyarakat. Manakan tidak, hanya kerana beberapa kerat sahaja yang ‘buat hal’ namun orang ramai memukul rata dan akhirnya meninggalkan tanggapan negatif pada wanita yang sudah bercerai.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita yang baru berusia 17 tahun sudah bergelar janda mendedahkan perkahwinan yang dibina hanya kekal selama 2 hari sahaja.

Menerusi video di TikTok, gadis yang dikenali sebagai Noronah Roni meluahkan rasa sedih apabila kerap menerima pertanyaan mengenai dirinya yang menjadi janda di usia muda.

“Kenapa sudah jadi janda kan baru 17 tahun? Jodoh dan maut di tangan Tuhan. Jangan paksa seseorang untuk mencintai kamu.”


“Tapi biarkan la dia datang dengan hati yang ikhlas dan kejujuran hatinya,” tulis gadis itu di video yang dimuat naik di TikTok.

Memetik laporan mStar, gadis ini menyifatkan bahawa gelaran ‘janda’ sememangnya tidak sesuai buat dirinya yang hanya melayari alam perkahwinan selama 2 hari sahaja.

“Kalau dikatakan janda, sebenarnya bukan juga sebab belum sempat menjalani kehidupan berumah tangga. Dua hari terus saya bercerai.

“Saya pun tak faham kenapa perlu label janda,” kata gadis yang berasal dari Semporna, Sabah.

Difahamkan, dia mendirikan rumah tangga dengan bekas suami bukanlah atas dasar cinta bahkan kehendak keluarga.

Mereka mengambil keputusan bercerai kerana menganggap sudah melunaskan kemahuan keluarga untuk berkahwin.

Video yang tular:

@prettypretty4198 #FlexYourFreestyle #FilmTeyvatIslands #berandatiktok #xyzbca #fyp #ttsabahan#jodohiturahasiaallah💞 ♬ suara asli – Kyu Mhey