Kongsi Pengalaman Hidup Selama 10 Tahun, Video Jatuh Bangun Khairul Aming Sempena Ulang Tahun Jadi Inspirasi

Siapa tidak kenal dengan influencer tersohor iaitu Khairul Aming yang sememangnya ‘famous’ dengan trademark ‘Hi guys‘ di setiap video.

Dia mula mencipta nama apabila membuat ‘30 hari 30 resipi masakan’ pada setiap kali Ramadan menjelma saban tahun sekaligus menaikkan lagi pengikutnya.

Seperti yang kita tahu, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman telahpun bergelar jutawan muda. Namun, bukanlah mudah untuk dia mencapai ketahap ini.

Turut dipanggil ‘sifu’ Shopee kerana jualan Sambal Nyet yang sering sold out, dia telah berkongsi sebuah video jatuh bangunnya dari berumur 20 tahun sehingga kini sempena hari ulang tahunnya yang ke 30.

Dapat kita lihat, perjalanan hidupnya yang menyambung pelajaran dan bekerja sebagai engineer serta mula mencari duit tepi dengan peniagaan sambal nyet.


Namun, perniagaan sambalnya dulu juga pernah gagal pada tahun 2017 sehingga wang simpanannya habis.

Tidak berdiam diri, dia bagaimana pun bangkit semula daripada kejatuhannya dan memilih untuk tidak berputus asa.

Khairul focus untuk personal branding di Instagram miliknya dengan berkongsi video masakan.

Pada tahun 2021, Khairul aming kembali memperjuangkan idea lama beliau dengan memperkenalkan Sambal Nyet dan siapa sangka kali ini rezeki sememangnya berpihak pada beliau!

Kini, sebut sahaja tentang sambal Nyet, ramai yang mengenalinya sehingga Khairul sendiri mampu untuk membuka kilang sambal sendiri dan dapat membuka peluang pekerjaan kepada ramai orang.

Walaupun dia terpalit dengan kontroversi baru-baru ini dan kualiti sambal nyet, namun ianya sama sekali tidak menjatuhkan semangatnya malah orang ramai kagum dengan caranya yang memandang serius perkara tersebut dan kematangannya dalam mengatasi masalah tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan video yang dihasilkan oleh Khairul Aming malah menjadi inspirasi dan pembakar semangat untuk ramai anak muda di luar sana.

Antara komen warga maya:

Video yang dikongsikan: