Bekas Isteri DDNK Bersuara Isu Nafkah Anak, Wajarkah Jutawan Beri RM 5K Sahaja Untuk 2 Bulan?

Seperti yang kita tahu, Datuk Dr Mohd Nazri Khan (DDNK) dan pasangannya Datin Nor Ernie Rossmeris telah pun mendirikan rumah tangga baru-baru ini bertemakan konsep yang cukup gah iaitu “Beauty & The Beast” dengan total kos perbelanjaan lebih RM 500K !

Pun begitu, siapa sangka, dalam acara yang penuh gilang gemilang itu, pasangan ini bagaimana pun terpalit dengan pelbagai kontroversi.

Terbaharu, bekas isteri kepada pakar saham yang telah bersama selama 20 tahun iaitu Hasmawatie atau Atielia De Sams meluahkan rasa kecewanya apabila bekas suaminya yang merupakan seorang jutawan hanya memberikan RM5,000 sebagai nafkah untuk anaknya selama 2 bulan.

“Sebagai seorang jutawan, dua bulan nafkah anak hanya mampu beri RM5K, wajarkah? apakah tanggungjawab seorang bapa kepada seorang anak apabila berlaku penceraian” Ujarnya


Dia juga turut memaklumkan bahawa segala proses mahkamah berkaitan tuntutan nafkah anak dan hal lain sebelum ini sudah pun selesai.

“Alhamdulillah proceeding case Hadhanah selesai hari ini. Syukur Allah memudahkan urusan.. Terima kasih semua yang telah mendoakan”

Sekadar info, Pakar Pelaburan Saham, Pengurus Kewangan Bertauliah dan Penganalisis Ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan (DDNK) yang popular dengan tagline ‘Tak Handsome Tak Apa Janji Kaya’telah mendirikan rumah tangga dengan Hasmawatie atau Atielia De Sams dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang dikenali sebagai Haykal.



Bagaimana pun, rumah tangga mereka tidak bertahan lama oleh kerana tiada keserasian dan memutuskan untuk berpisah selepas 20 tahun berkahwin. DDNK bagaimana pun menamatkan zaman bujangnya baru-baru ini dengan membina mahligai dengan Datin Nor Ernie Rossmeris.