Bengang Suami Minta Cerai, Wanita Tergamak Campak 2 Anak Ke Dalam Sungai

Seorang wanita dilaporkan membuang dua orang anaknya dari jambatan ke Sungai Tigris di utara ibu kota Iraq untuk membalas dendam terhadap bekas suaminya.

Menerusi laporan Gulf News, rakaman video ibu yang membuang dua anak kecilnya ke sungai tular di media sosial yang mengundang reaksi terkejut warganet terhadap ibu yang tidak mempunyai rasa belas kasihan itu.

Sumber keselamatan mengatakan polis Baghdad bagaimanapun telah menahan ibu kepada anak lelaki berusia tiga tahun dan anak perempuan berusia dua tahun berkenaan.

Seorang wanita Iraq dilaporkan membuang dua anaknya dari jambatan ke Sungai Tigris di utara ibu kota untuk membalas dendam terhadap bekas suaminya, lapor Gulf News.

Rakaman video ibu yang membuang dua anak kecilnya ke sungai tular di media sosial yang mengundang reaksi terkejut warganet terhadap ibu yang tidak mempunyai rasa belas kasihan itu.

Sumber keselamatan mengatakan polis Baghdad bagaimanapun telah menahan ibu kepada anak lelaki berusia tiga tahun dan anak perempuan berusia dua tahun berkenaan.

Sumber tersebut menjelaskan lagi bahawa siasatan awal mendapati wanita itu melakukan perbuatan tersebut sebagai balas dendam terhadap bekas suaminya.

Tambah laporan itu lagi, kedua-dua mangsa Hur Mohammed dan Masuma Mohammed masih belum ditemui sejak kejadian pada awal 17 Oktober lalu.

Ahli keluarga berada dalam keadaan terkejut berikutan kejadian itu dan masih lagi berusaha mencari mayat dua beradik malang tersebut.

Datuk kepada kedua-dua mangsa Abu Tahsin Deraji berkata, tindakan wanita itu mengakhiri nyawa anak-anaknya adalah kerana tidak boleh menerima hakikat suaminya meminta cerai pada bulan lalu.

“Kejahatan ini telah lama dirancang. Sudah hampir dua bulan wanita ini berpisah dengan suaminya..”

“Pada Januari tahun ini, kami menangkap wanita itu dengan kekasihnya. Kami membawanya kembali ke rumah ibu bapanya dan memberitahu mereka bahawa ini adalah anak perempuan anda…”

“Kami mahu menceraikannya di mahkamah. Mereka bersetuju. Kami tidak pernah berbincang perkara ini di mana-mana, dan kami juga tidak menunjukkan gambar-gambar (bersama kekasih) kepada sesiapa…”

Video campak 2 anak kecil dari jambatan

Insiden itu dilaporkan berlaku di Jambatan Al Aimmah yang menghubungkan kawasan Adhamiya, wilayah Sunni dengan wilayah Syiah Kadhimiya di Baghdad.