Kemalangan adalah satu benda yang kita tidak boleh jangka bahkah ianya boleh berlaku tidak kira waktu dan tempat.

Apabila berlakunya kemalangan, perkara yang paling penting maklumat penting antara mangsa dengan pesalah sangat diperlukan untuk membuat laporan dalam usaha untuk menyelesaikan masalah dengan adil antara kedua-dua pihak.

Sering kali kita dengar, selalunya mangsa akan menyalin nombor pendaftaran kenderaan untuk membuat laporan pada pihak berkuasa namun lain pula kisahnya kali ini dimana seorang lelaki secara spontan mencabut nombor plat milik kereta yang telah melanggar belakang keretanya ketika jalan sedang sesak.


Menerusi video yang dimuat naik oleh serang pengguna TikTok iaitu @redzwanshah, pemandu kereta Proton Saga itu tidak keluar dari keretanya selepas melanggar kereta lelaki itu di bahagian bumper belakang.


Oleh kerana berang dengan sikap pesalah yang tidak bertanggungjawab, lelaki itu bertindak dengan mencabut nombor plat sebelum masuk semula ke dalam keretanya.

Video yang tular:

@redzwanshahhaihhhhh kawan kawan aku ni pun …. baran tak bertempat la 😂🤣

♬ original sound – RedzwanJanda


Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.3M tontonan, 215.4K tanda suka, 3404 komen dan 3887 perkongsian di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan tindakan luar kotak yang dilakukan lelaki tersebut.

“Dia nak terus bagi polis no plat ni yg langgar malas ckp bnyak” – Komen netizen

Bahkan para netizen juga berseloroh mengatakan ianya lebih mudah dan hanya perlu menunjuk nombor plate itu sahaja di balai polis.

Berikut merupakan komen warga maya:

“bila kau lemah dalam bab menghafal..”


“aku baru nak kesian..”

“benda boleh cabut, buat apa hafal”


“siapa suruh langgar Myvi”

“kalau selalu sangat buat kesilapan, try buat kesembilan”