Connect with us

Viral

“Anjing pun confused” Gadis Beria Kejar Anjing, Wanita Membebel Buat Netizen Berdekah

Di Malaysia memang banyak anjing apatah lagi anjing liar yang berkeliaran. Jadi tidak hairanlah ramai diantara kita mempunyai pengalaman dikejar oleh anjing terutamanya yang sedang memandu ataupun berjalan kaki.

Pasti ngeri bukan? ada yang sempat melarikan diri, ada yang seinci lagi nak digigit dan yang lebih parah ada juga yang pernah digigit oleh anjing.

Namun lain pula kisahnya dengan video yang tular baru-baru ini dimana seorang perempuan dilihat mengejar seekor anjing yang berwarna keperangan.

Dapat juga kita lihat anjing tersebut yang confused dikejar oleh manusia kerana selama ini ‘kaum anjing’ ini lah yang mengejar dan bukannya dikejar.

Dalam masa yang sama, ada seorang wanita mewakili warga netizen memberikan pandangan terhadap video tersebut dengan mengatakan bahawa dia turut hairan mengapa anjing tersebut dikejar dan bukannya mengejar.

Bukan itu sahaja malah wanita ini juga berseloroh mengatakan bahawa gadis yang mengejar anjing tersebut telah mengambil tugas anjing itu.

Video yang tular di laman TikTok:

@seorangaen #stitch with @aishah.bahr AKAK KONFIUS! Anjink lah! #seorangaen #tuto ♬ original sound – Seorang Aen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 105.4K tontonan, 11.6k tanda suka, 341 komen dan 85 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan reaksi wanita yang mewakili suara netizen itu yang pelik dengan gadis yang mengejar anjing itu.

“member saya macam nijugak kak cakap separuh jalan.. alhamdulillah sekarang tak tahu gi mana dia sekarang ni..”- Netizen

Bukan itu sahaja, malah para netizen juga terhibuar dengan gelagat akak yang respond terhadap video terebut kerana tak tergamak untuk habiskan ‘hujah’nya.

Antara komen warga maya:

“Akak ni bukan prank whatsapp kak habiskan ckap kakk”

“CEOof jangan melawan hukum..”

“Lahh ingat kat wasap je kena scam cakap sekerat2 kat tiktok pun kena scam.. akak cakap bg habis la..”


“Dengar cerita sampai sekrang akak tu dok bercakap tanpa sedar video dah habis record..”

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)