Beli Cucuk2 5 Batang Dengan Air Laici Secawan RM19, Pemuda Terkedu Sikap ‘Cekik Darah’ Peniaga

Sejak negara mengalami ketidakstabilan ekonomi, hampir kesemua barang yang ada di pasaran melambung tinggi harganya. Lebih-lebih lagi harga barangan mentah yang menyebabkan para peniaga makanan di luar sana terpaksa menaikkan harga jualan.

Iospital phone repair gombak

Bagaimanapun, kita sebagai pelanggan harus faham akan keadaan peniaga. Bukan mereka saja suka-suka nak berbuat demikian. Tetapi disebabkan keadaan ekonomi yang melanda.

Seperti yang terjadi baru-baru ini kepada seorang lelaki yang terkejut setelah membeli makanan daripada peniaga di salah sebuah tapak event, di Stadium Malawati, Shah Alam.

Menurut lelaki bernama Syafiq Unil, dia tidak menyangka bakal ‘diketuk’ dengan harga yang sangat mahal untuk juadah yang dibeli. Menerusi video yang dikongsi di TikTok, dia menunjukkan 5 cucuk-cucuk pelbagai jenis dan secawan air laici berharga RM19!

“Kau tengok ni, cucuk-cucuk ni ada dalam 5 lah. Aku pun tak tahulah, untuk cucuk-cucuk dengan air ni total RM19 geng.

“So aku datang untuk pergi konsert dekat Stadium Malawati, so cucuk-cucuk dengan air ni total RM19 geng. Fuhlamak! Betul-betul kaw-kaw harga dia.

“Tambah RM1 je boleh dapat footlong Subway. Haaa siapa yang datang dekat sini tu hehehehe kalau nak datang kati sini tu makan siap-siap,” luahnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata terkejut dengan harga yang dikenakan oleh peniaga tersebut terhadap lelaki ini. Bagaimanapun menurut netizen, itulah adat berniaga di event.

Selain disebabkan harga barang mentah yang meningkat mendadak, netizen berkata harga sewa tapak turut menjadi punca harga makanan yang dijual menjadi ‘cekik darah’.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“satu nk ckp food event ke food truck ke makanan mmg mahal .. better p pasau mlm jer beli”

“bertabahla wahai rakyat marhaen sekelian 😅😅😅”


“Kat havoc food festival air rm8 secawan💀”

“Hahahahha betul ii nak pi haji balik hari 😭😭😭”

Video yang tular di laman TikTok

@syafiqunil98 Tambah rm1 je bleh dapat 1footlong Subway 🤣 haaaaa sapa yg datang kat sini tu hehehehe klu nak dtang makan siap” tau😂😂😂 #fypシ #sibudaksubway #fypmalaysia #hujan ♬ original sound – Syafiq Unil