Reaksi Terkebil Wanita Dengar Besan Dari Jepun Borak Buat Netizen Terhibur, Dah Nampak Macam Hubungan Diplomatik

Bagi masyarakat kita sekarang, perkahwinan berlainan bangsa mahupun agama bukan sesuatu yang aneh lagi. Rata-rata kaum di negara kita sudah mempunyai sifat terbuka untuk menerima kelainan.

Iospital phone repair gombak

Tambahan pula, sudah ramai anak-anak Malaysia yang berjaya melebarkan sayap sehingga ke luar negara. Jadi tak peliklah kalau mereka bawa balik calon menantu dari negara yang mereka pergi.

Begitu juga seperti kisah keluarga @farahwaheeda92 yang baru-baru ini tular apabila ibunya melayan keluarga menantunya yang terbang jauh dari Jepun untuk melawat mereka sekeluarga.

Bagaimanapun, terdapat language barrier sepanjang menemani besannya makan tengah hari menyebabkan wanita tersebut memilih untuk bermain dan melayan cucunya daripada ikut serta bersembang.

Dalam perkongsian lain pula, Farah turut berkongsikan cara ibunya berkomunikasi dengan keluarga Jepun tersebut. Difahamkan, adik lelakinya akan menjadi penterjemah apabila kedua-dua pihak ingin berbual.

Meskipun menghadapi kesukaran dalam berkomunikasi, itu bukan penghalang buat ibu Farah untuk menjalinkan keakraban dan beramah mesra bersama besannya itu.

Sejak video ini dikongsikan di TikTok beberapa hari lepas, jumlah tontonannya berjaya mencecah sehingga 1.4 juta dan meraih 99.6 ribu tanda suka!

Ketika meneropong ke ruangan komen, rata-rata terhibur dengan reaksi ibu gadis ini yang sedikit terkebil apabila mereka bertutur dalam bahasa Jepun.

Selain netizen mengatakan mereka dilihat seperti sedang mengadakan perjumpaan diplomatik, keluarga Jepun itu turut dipuji sopan ketika bersembang meskipun menghadapi halangan dari segi bahasa.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“Deme tak pasang subtitle ke?”

“Lepasni klau diorang dtg akak berdiri atas kerusi pastu akak ckp” shinra tensei””


“typical lagu nenek nenek bila jumpa cucu ” aaa ding ding aa ding ding”😂😂😂😂”

“masa org tu kata arigato.. Risau je takot mak dia bangun pastu jawap haip haip sambil tunduk mcm dlm tv 😂”

“Pergh dh mcm meeting diplomatic siap ade translator 🤣🤣🤣”

“dpt rase ..besan lega tgok ank menantu mertua elok jge ank..bahagia nampak🥰🥰🥰”

Video yang tular di laman TikTok

@farahwaheeda92mertua adik dari negara naruto datang 😄♬ bunyi asal – Farah Waheeda

@farahwaheeda92 Replying to @hanaraman ♬ bunyi asal – Farah Waheeda