Bawa Pulang RM44,000, Atlet Muay Thai 16 Tahun Malaysia ‘Tumbangkan’ Lawan Hanya Dalam 16 Saat!

Sukan lasak, Muay Thai nyata mempunyai peminatnya sendiri sama seperti sukan yang lain contohnya bola sepak, badminton dan bermacam lagi.
Iospital phone repair gombak
Baru-baru ini berlangsungnya perlawanan ONE Championship di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok dan dapat kita saksikan Atlet Muay Thai dari Malaysia, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar membuat penampilan sulung Kejuaraan ONE dengan aksi yang menakjubkan sekaligus berjaya menewaskan lawannya pada perlawanan kalah mati.

Lebih mengagumkan apabila remaja berusia 16 tahun yang berasal dari Sarawak ini hanya mengambil masa 16 saat untuk menumbangkan lawannya yang berusia 18 tahun dari Thailand, Padetsuk Fairtex dalam pertembungan flyweight Muay Thai mereka.

Kemenangan ini melayakkan Johan atau lebih dikenali sebagai “Jojo” membawa pulang hadiah kemenangan sebanyak 350,000 baht (kira-kira RM44,533) sebagai bonus prestasi.

Memetik laporan Bernama, Johan mengatakan kemenangan kalah mati di One Championship itu satu perkara yang tidak terduga malah diluar jangkaannya.


“Ia adalah impian yang menjadi kenyataan bagi saya untuk membuat penampilan sulung di ONE Championship dan kemenangan kalah mati adalah di luar jangkaan,” katanya

Johan yang mewakili Kelab Muay Thai Rentap berkata dia melalui tempoh latihan intensif selama satu setengah bulan untuk mempersiapkan diri menghadapi pertarungan ONE Championship.

“Saya sentiasa mahu bertarung dalam ONE Championship. Jadi, saya berlatih bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat saya. Saya berlatih kira-kira lapan jam sehari – empat jam dari 6 pagi dan empat jam lagi pada sebelah petang dari 4 petang. Ya, kerja keras saya membuahkan hasil.”

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada jurulatih saya Addy Singpayak. Dia menjaga saya. Dia seorang jurulatih yang sangat berdedikasi dan memastikan saya berlatih secara konsisten,” tambahnya.

Sekadar info, Tahun lalu Johan memenangi kejuaraan kategori 14-15 (bawah 60kg) pada Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA 2022.