“Bayi dah keluar separuh badan” Lelaki Kematian Anak Kesal Dengan Kakitangan Hospital

Beberapa hari lepas telah tular satu perkongsian seorang lelaki yang baru kehilangan anak akibat komplikasi ketika kelahiran.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang pengguna dengan nama Kelana Jagat telah berkongsi satu luahan duka beliau.

KEMATIAN MOHAMED ALAUDDIN ARIF MOHAMED RIDUAN

Pada tarikh 8 Disember 2019, kejadian berlaku di Hospital Besar Kuala Terengganu(Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu)

Pada tarikh tersebut, pada jam lebih kurang 8 pagi, saya telah tiba di perkarangan kecemasan hospital bersalin dengan keadaan isteri saya yang sudah pecah air ketuban dan bayi telah keluar separuh badan di mana bahagian pusat sehingga ke atas masih tersekat di pintu rahim(bayi songsang dengan keadaan kaki keluar dahulu).

Setibanya saya di sana telah disambut oleh seorang wanita berpakaian biru dengan menunjukkan di mana letaknya kerusi roda untuk menyorong isteri saya.

Setelah menolak isteri saya ke katil di bahagian kecemasan, soalan pertama yang keluar dari wanita tersebut adalah berkenaan kad pengenalan(i/c) isteri saya dan bukannya keadaan kandungan isteri saya. Saya menyatakan yang i/c isteri saya telah tertinggal dan hanya ada ic saya sahaja. Untuk makluman pihak tuan, perjalanan dari rumah saya menuju ke hospital telah mengambil masa lebih kurang 15-20 minit. Dalam keadaan isteri yang telah pecah air ketuban sehingga melimpah di rumah dan di dalam kereta, mana mungkin saya sempat untuk memikirkan hal lain kecuali keselamatan isteri dan kandungannya sahaja.

Dari waktu tersebut, saya hanya ditekankan supaya balik semula ke rumah untuk mendapatkan ic isteri saya. Malah ada staff yang berkata kepada saya,

“Baliklah sekejap, sempat lagi ambil ic isteri awak ni…”

Kemudiannya saya telah diminta oleh seorang staff supaya mendaftarkan dulu isteri saya di kaunter pendaftaran di bahagian depan hospital bersalin.

Tibanya di kaunter, soalan pertama yang menyusul dari kerani bertugas(tidak memakai tag nama),

“I/c isteri encik?”

“Takde”

“Surat nikah atau kad nikah?”

“Takde”

“Buku merah anak ke?”

Kemudian di balas saya lagi, dengan jawapan yang sama.

“Ah, susahlah kalau macam ni!”

Itu jawapan yang saya terima dari kerani di bahagian hadapan. Bagi saya ini satu kesalahan etika dan sangat kurang ajar.

Kemudian saya nyatakan yang saya cuma ada ic saya sahaja, tetapi kerani tersebut nyatakan bahawa tidak boleh diproses. Malah dia sempat berkata,

“Mana lah tau kalau warga asing ke, belum berkahwin ke”

Saya berharap sangat keadaan ini tidak terjadi kepada pelanggan yang lain.

Dia juga ada berkata kepada saya,

“Kalau macam tu, pergi jela hospital lain.”

Kejadian ini telah disaksikan oleh beberapa orang pesakit dan sekuriti di hospital tersebut. Hal ini terjadi dalam lebih kurang pukul 8 sehingga 8.30 pagi.

Kemudiannya saya beredar dari kaunter tanpa mendaftarkan isteri saya, tetapi yang menjadi musykil kenapa bila staff mengambil ic saya ke bahagian daftar, hal ini dibolehkan pula.

Berbalik kepada isteri saya, dari tempoh ketibaan sehinggalah jam hampir 8.30 barulah mendapat rawatan susulan. Bayangkan berapa lama bayi tersangkut dan implikasi yang boleh menimpa anak dan isteri saya. Begitu mudah pihak tuan bermain dengan nyawa isteri dan anak saya.

Dan pada pukul lebih kurang 8.30 pagi juga isteri saya telah selamat melahirkan bayi lelaki dengan cukup sifat. Tetapi malangnya, anak saya telah mengalami kebiruan yang serius dari paras pusat sehingga ke hujung kaki.

Pada 9 Disember, kami telah berjumpa dengan doktor pakar bernama Dr Zubaidah yang telah memaklumkan keadaan anak saya dalam kritikaal di mana berlaku pendarhan di dalam kepala stage 4.

Dimaklumkan juga kepada saya bahawa pada hari pertama, anak saya telah pun berada pada stage 2.

Yang menjadi persoalan saya, mengapa hal ini tidak dimaklumkan kepada saya, padahal seawal hari pertama perkara ini telah pun dikesan oleh doktor. Seorang doktor perempuan berbangsa Cina, yang bernama Dr Teh ada memberikan penerangan terhadap tahap kesihatan anak saya, tetapi tidak dimaklumkan tentang masalah ini. Semua hal ini terlalu mendukacitakan hati keluarga saya.

Saya amat berharap pihak tuan membuat siasatan dan mengambil tindakan yang amat tegas terhadap bahagian dan individu yang terbabit.

Tepat jam 1531 petang 9 Disember 2019, anak saya telah disahkan meninggal dunia akibat daripada pendarrahan dalam otak stage 4.

Noted:
Masa aku tulis report ni, aku hanya mampu peluk Alisha dan usap kepala dia sambil berbisik di dalam hati,

“Terima kasih temani papa saat berduka, adik Arif dah tunggu kakak di syurga.”

Bergenang air mata bila tengok si kakak ni… Allahurabbi…

__________

Rentetan daripada aduan tersebut, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu menerusi Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah mengeluarkan kenyataan akhbar.

KENYATAAN AKHBAR PENGARAH KESIHATAN NEGERI TERENGGANU

ISU TULAR YANG DIMUATNAIK DI FACEBOOK “KELANA JAGAT” DENGAN TAJUK “KEMATIAN MOHAMED ALAUDDIN ARIFF MOHAMED RIDUAN”