“Ada segelintir masyarakat mengatakan saya penunggang agama..” – Yusuf Azmi

Nama aktivis Yusuf Azmi rasanya tak perlu diperkenalkan lagi lebih-lebih lagi buat rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Beliau sering muncul di dalam perkongsian laman media sosial kerana kerap membantu dan bersuara apabila isu-isu berkaitan agama Islam dan kepentingan Melayu dimainkan.

Namun begitu, dalam keikhlasan beliau membantu masyarakat, masih ada yang busuk hati dan melabelkannya sebagai penunggang agama.

Rentetan daripada itu, Tuan Yusuf Azmi telah berkongsi coretan hati beliau di dalam satu perkongsian di Facebook.

Ada segelintir masyarakat mengatakan saya penunggang agama..

Saya nak ucapkan terima kasih banyak banyak kerana ucapan ini..

Untuk pengetahuan saya ni bukan ahli kitab,ahli quran,alim,warak,ulama..

Saya ni sangatlah tidak mempunyai ilmu dunia dan akhirat,Faqir..

Saya bukanlah pemimpin yang boleh duduk di barisan depan..

Ibarat kalau imam di depan saya hanyalah makmun di belakang..

Ibarat sebuah masjid,saya hanyalah pembentang tikar di dalam masjid..

Cuma saya nak tanya pada mereka adakah kita selama ni hidup harus nampak kita baik sangat dan berlakon di depan manusia?

Saya nak tanya pada mereka yang mengaku dirinya islam..

Mana mereka bila Nabi Dihiina?

Mana mereka bila Islam Dihinna?

Untuk pengetahuan semua pengguna di malaysia..

Saya menganggap diri saya sangatlah hinna di depan Allah..

Banyaknya dosa yang saya lakukan selama saya hidup..

Tinggal Allah tak buka aib saya ni..

Banyaknya maksiat saya lakukan dalam hidup saya ni..

Tetapi takkanlah kita ni tak ada sedikit sifat membela bila ISLAM dan NABI dihina??

Takkanlah kita ni sampai tak ada perasaan bila umat islam ditindas dan dizalimi??

Kita ni dah hitam sangat ke hati kita sehingga tak mahu mencari keredhaan dan kerahmatan dari Allah..

Saya nak berpesan kepada manusia dan diri saya yang gelarkan dirinya islam tetapi menyokong kezaliman dan penindasan..

Bersama puak puak zalim mengambil dan menekan umat islam di malaysia ni..

Mengambil kesempatan terhadap kesusahan umat islam..

Memutar belitkan seolah olah kita dalam keadaan bersalah kerana mereka mempunyai kuasa dan harta..

Menuduh Umat islam mencuri tanah dan sebagainya di malaysia..

Ini dikatakan mereka ni membantu pengguna di malaysia???

Tabung Haji dipimpin oleh segelintir bukan islam..

Ni mana pergi maruah umat islam yang mengaku dirinya islam??

Sejak bila Umat Islam punya harta dikawal oleh orang bukan islam??

Baguslah kalau pendirian dan prinsip yang begini ada pada mereka..Teruskan

Kita ni biarlah mati dalam keadaan berusaha nak buat kebaikan..

Dari menjadi manusia baling batu sembunyi tangan..

Jadilah manusia yang berani mengaku kesalahan..

Dari manusia yang bermuka muka..

Hidup ni sekali..

Tapi jangalah kita ni takut sehingga kita ni mati setiap hari melihat negara kita tergadai..

Semua benda kita takut..

Nampak macam
kita dah mati setiap hari..

Yang kita ungkapkan..

apa yang kita boleh buat dah memang nasib..

Kita ni lihatlah Sirah Baginda Rasulullah s.a.w dan Para sahabat..

Sanggupkah kita sia siakan pergorbanan Baginda Nabi????

Baru kita tahu kenapa kita kena keluar berdepan dengan Puak Puak ni…

Kalau mereka ni memberikan kebaikan ..

Berikan saya satu contoh kebaikan yang mereka lakukan??

Hadam apa yang saya sampaikan sampai ke anak cucu cicit kita..

Ini Negara kita..

Biar mati berjuang dari mati di kerusi roda tanpa buat apa apa..

Yusuf Azmi
Aktivis

Rata-rata netizen bersetuju dengan beliau dan meninggalkan komen untuk sentiasa menyokong tindakan beliau.