“Kenapa la ditukar no platenya?” Isu Kenari Isteri Farhan, Ini Kenyataan Pemilik Asal

Selepas kita dikhabarkan berita seorang pendakwah bebas yang berkahwin lain, telah tular beberapa dakwaan mengenai isteri baru pendakwah bebas itu.

Kuasa viral telah membongkar kisah sebuah kereta kenari pink yang sejak dahulu dicari oleh seorang lelaki yang mengakui pemilik asal kereta berkenaan.

Kereta itu dikatakan milik isteri seorang pendakwah bebas

Kereta itu kini dikatakan milik isteri kepada Farhan selepas wanita itu tular sebagai isteri baru kepada pendakwah bebas itu.

Aerin yang merupakan isteri kepada pendakwah itu dikatakan tidak membuat bayaran bulanan dan nama pemilik asal sebelum itu telah disenarai hitamkan.

Lelaki pemilik asal terpaksa membuat bayaran RM10 ribu 

Lelaki pemilik asal kenari pink itu terpaksa menjelaskan bayaran bernilai RM10 ribu untuk membersihkan namanya.

Aerin telah membuat satu kenyataan berhubung isu berkenaan dan telah menceritakan perkara bagi pihaknya.

Nak jawab isu kereta

“Kereta ni saya amik sambung bayar dari kawan, saya bayar tiap2 bulan sampai baki kereta 9k tinggal saya nak minta geran untuk buat roadtax, tapi owner xbagi”.

“Agak payah untuk saya time tu nak cari owner sebab saya dah hilang nombor contact owner dengan saya pun bukan duduk ipoh dah”.

Macam payah sangat, saya tak sambung bayar kereta tu

“Jadi macam payah sangat saya pun xsambung bayar kereta tu, saya pun letak kereta tu depan kedai saya je di ipoh tu dekat sangat dengan umah tuan keta”.

“Dengan harapan owner kalau lalu lalang ternampak keta macam dia mai la check ke apa ke sebab saya memang ada letak kad business saya dalam keta tu apa2 boleh call saya”.

Adik saya letak plate lain

“Adik saya letak plate lain sebab xmau bagi orang ingat keta tu besi buruk, nombor plate tu roadtax hidup lagi tapi memang selamat la keta tu xde org curi dah bertahun dok depan kedai saya tu”.

“la ni dah bayar habis dia xnak bagi juga geran sebab nak settle tukar nama katanya..xpa kite ikut”.

“Saya pun akan tanggung semua kos baiki kereta tu untuk urusan puspakom harap kereta tu akan bertukar nama saya la, harap owner betul2 ikhlas aamiin.

Tiada isu curi kereta sebab saya letak depan kedai saya

“Xde isu kata saya curi kereta tu sebab saya letak terang2 depan kedai saya..kalau curi saya buh dalam gudang jual spare parts apa yang patut”.

“Tapi saya ni takut juga nak mati nanti xhabis dengan manusia, sangkut saya nanti.

Kes dah settle boleh tutup kes

“TQVM PADA SEMUA YANG TOLONG VIRALKAN SAL ISU KERETA NI. KUASA VIRAL NI MEMANG TERBAIK dari situ dapat lah kita kenal akhlak seseorang tu, tq skali lagi memudahkan kerja saya”.

Ok lah tu dah settle. Boleh tutup kes dah ni, hehe.

Rentetan dari perkongsian Aerin itu, pemilik asal kenari pink Apeh Jamal turut membuat kenyataan berhubung kes itu.

Kenyataan balas lelaki yang merupakan pemilik asal kereta kenari pink

“Salam petang boss,saya tak nak cakap panjang. Cuma nak kena pos jugak nampaknya. Ikutkan family saya tak bagi saya pos lagi sebab takut buka aib orang”.

Kenapa ditukarkan no platenya

“Pos saya ni cuma nak pertahankan diri saya je. Kalau nak saya jumpa kereta tu,kenapa la diTUKARkan no platenya?.

“Kalau letak plate asli BFW6019 rasanya saya tak pos Facebook cari dari tahun 2013 sampai 2019 tau.

“Memang kalau nampak sekali pun kenari tu,100% la saya tak perasan,plate lain.Kan colour pun PINK FACTORY punya”.

Macamana boleh guna no plate lain

“Bersepah kenari pink ni, kan ke ada owner no plate tu. salah tau kalau owner plate JFV9079 tu repot pada polis”.

“IPOH ni kecik je tuan tuan,senang sangat nak cari saya kalau betul dia nak cari saya.Satu lagi pasal geran saya tak bagi,sebab nama pun tak tukar lagi”.

Tak hidup roadtax sejak 2013

“Macam mana la saya nak serahkan geran tu, mesti la kereta tu dicukupkan fizikalnya lepas tu baru la ke PUSPAKOM sebab tak hidup roadtax sejak 2013”.

“Nak tukar hak milik pun mesti la kena masuk PUSPAKOM dulu, selesai baru ke JPJ thumbprint”.

Kes selesai tuan tuan

“Baru tukar nama dan bagi geran.benda ni basic kot prosesnya. Okay sekian Tuan Tuan. Saya anggap kes ni selesai”. 

Diharap kes ini akan selesai dengan baik dan kepada semua netizen diluar sana mengambil iktibar dari kisah ini.