“Ada topping sekali” Beli Burger ‘Online’ Tengah Malam, Pelanggan Terhibur Tak Sangka Siap Dapat ‘Free Gift’!

Apabila berasa lapar, sering kali kita membeli burger di tepi jalan lebih-lebih lagi pada waktu malam.

Iospital phone repair gombak

Bukan sahaja harganya murah, malah mudah didapati di mana-mana kerana gerai burger di tepi jalan banyak dibuka sehingga lewat malam.

Namun apa yang mengejutkan orang ramai baru-baru ini adalah apabila seorang pelanggan terkejut menerima burgernya bersama dengan satu ‘free gift’.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @yunnyotnyot di laman TikTok, kelihatan seorang pelanggan baru sahaja menerima burger yang dipesannya secara ‘online’.

“Beli burger dapat free gift. Tu la order malam-malam buta lagi,” tulisnya di ruangan video yang tular itu.

Apa yang menarik perhatian orang ramai adalah apabila ‘free gift’ yang diterimanya itu ialah ‘stapler’ yang dibalut sekali bersama dengan burger tersebut.

“Kenapa ada stapler atas ni?” tanya mereka menerusi video tersebut disertai dengan gelak tawa mereka.

Situasi tersebut membuatkan pelanggan dan rakan-rakan di sekelilingnya ketawa terhibur.

“Kesian brader tu, lepas ni nak ‘staple’ resit grab dah takda staplernya,” seloroh salah seorang lelaki di dalam video tersebut.

Dalam pada itu, video tersebut telah mencecah sebanyak 535.3K tontonan, 35.3K tanda suka, dan 807 komen di laman platform sosial berkenaan.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warga netizen turut terhibur sama apabila melihat situasi tersebut.

Bukan itu sahaja, ada juga individu yang berseloroh mengenai kejadian berkenaan.

Antara komen netizen:

“ni buatan orang ni bang… mungkin bomoh intern”

“free gift ikut saiz order, klo order burger bulat maybe dpt free gift cellotape”


“dia amalkan konsep sekali cuba, pasti datang lagi (cus dtg kedai pulangkan stapler) diorang dah rancang kita je lalai 🤣🤣😂”

“Mesti happy kan burger kau berat sekali buka ambil stapler terus dia bg jd pemberat 🤣”

“Stapler tu dia buat tindih kertas balut burger agaknya kan? Masa letak burger atas tu, x perasan ada stapler😂 bungkus la skali😂”

Video TikTok yang tular:

@yunnyotnyot

TOLONG CARI OWNER KEDAI😭😭

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey