Selamba ‘Rembat’ Baju Kelawar Isteri, Gelagat Si Suami Iring Sambil Joget Setiap Pagi Buat Ramai Terhibur

Kaftan merupakan baju seperti jubah yang mempunyai tangan terus hingga ke kaki di panggil baju layang atau lebih dikenali sebagai baju kelawar. Ia selalunya dibuat daripada fabrik kapas atau sutera.

Iospital phone repair gombak

Di Malaysia, selalunya baju kelawar hanya di pakai sebagai baju tidur atau baju di rumah kerana ia selesa dan sesuai dengan iklim negara ini malah bentuk rekaan baju kelawar yang agak loose memberikan keselesaan kepada wanita untuk bergerak dengan bebas.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah kali ini dimana seorang isteri merakam gelagat lucu suaminya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @maunaaaaaaaaaa, kelihatan wanita itu memandu keretanya dari rumah untuk pergi ke tempat kerja.

Pun begitu, apa yang menarik tumpuan ramai adalah dia merakam gelagat suaminya yang comel ketika menghantarnya ke depan rumah.


Manakan tidak, si suami dilihat memakai baju kelawar setiap pagi. Gelagat suaminya itu sangat comel sehingga membuatkan isterinya cair.

“Perembat baju bini.. view setiap pagi sebelum pergi kerja” ujar wanita tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan geagat si suami yang selamba merembat baju kelawar isteri bahkan sempat berjoget setiap pagi sebelum isteri pergi ke kerja.

“Tenang betul jiwa lepas rembat baju kelawar bini” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga akui baju kelawar merupakan pakaian yang sangat selesa untuk dipakai apabila berada di dalam rumah.

Dalam masa yang sama ada juga netizen yang sempat berseloroh mengatakan wajah si suami mirip dengan Johan Rajalawak.

Antara komen warga maya:

“Aku ingat johan tadi”

“Baru dia tahu betapa selesanya pakai baju kelawar..”


“Wah suri rumah bermisai.. kemain berbaju kelawar..”

“Kalau aku la, tak jadi pi kerja macam ni.. sanggup kerja kat rumah sambil gelak2..”

“Wah sekali tengok macam johan..”

Video yang tular di laman TikTok:

@maunaaaaaaaaaa View setiap pagi sebelum pergi kerja 🤣 #fyp #fypシ゚viral #cintahati #syurga #surihati ♬ original sound – Fairuz Fee Tauhid