“Kalau tak nak beli takpe..” Peniaga Wanita Luah Rasa Sedih, Jualan Nasi Lemak RM1 Dikecam & Diperlekehkan

Sememangnya menjalankan sesuatu perniagaan itu bukanlah suatu perkara yang mudah. Pelbagai cabaran yang harus ditempuhi oleh para peniaga demi mempertingkatkan perniagaan mereka lebih-lebih pada waktu ekonomi yang agak mencabar kini.

Iospital phone repair gombak

Namun begitu, terdapat beberapa peniaga berjaya mencari rezeki dengan melakukan perniagaan kecil-kecilan seperti menjual Nasi Lemak RM 1.

Walaupun nilainya nampak kecil, perniagaan itu juga mampu untuk membantu diri dan keluarga untuk meneruskan kehidupan mereka.

Bagaimanapun masih ada lagi manusia yang dengki terhadap peniaga-peniaga ini sehinggakan sanggup menghina sumber rezeki mereka sedangkan mereka sudah cuba berusaha sedaya upaya dengan mencari rezeki yang halal.

Sama seperti kisah seorang peniaga kecil yang tular di laman TikTok baru-baru ini yang menyatakan bahawa dia dikecam dan diperlekehkan oleh orang di sekelilingnya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh akaun @shahira_yusop itu, dia berkongsikan bahawa dia telah mula menjual nasi lemak RM 1 di sebuah gerai kecil di tepi jalan raya dan dia sentiasa bersyukur kerana dapat menampung rezeki untuk kehidupan mereka sekeluarga.

Walau bagaimanapun, masih ada individu yang memperlekehkan perniagaannya kerana bagi mereka nasi lemak RM1 tidak mempunyai banyak untung.

Peniaga itu berasa sedih akan kenyataan yang dikeluarkan oleh individu terbabit dan dia tidak sangka ada juga yang menghina sumber rezekinya itu.

Jelas peniaga itu, tidak menjadi masalah untuknya jika tidak mahu membeli jualannya akan tetapi janganlah sesekali memutuskan semangatnya untuk meneruskan jualan nasi lemak RM1 itu kerana ternyata kata-kata negatif itu mampu memberikan kesan terhadap dirinya.

Apabila meninjau di ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa simpati terhadap peniaga wanita itu dan masing-masing menitipkan doa buatnya agar semoga dipermudahkan segala urusan dan memberikan kata-kata semangat agar terus kuat.

Antara komen netizen:

“Semoga dimurahkan rezeki dan semoga Allah permudahkan segala urusan 🥰”


“biarkan jela dik…inshaaAllah kdg kata2 mcm tu buat kita lg kuat….”

“abaikan… jangan peduli apa yang orang lain pertikaikan tentang peniagaan kita, kerna itu adalah satu semangat untuk kita lagi untuk berjaya/usaha”

Video TikTok yang tular:

@shahira_yusop jual nasi lemak rm1 pun org pertikai kan 😭#fyp #fypシ゚viral #nasilemakrm1 #klang ♬ suara asli – Penyair Emosian