“Bapa saya dah tenggelam..” Nelayan Dijumpai Terapung Sendirian di Tengah Laut

Satu video telah viral di media sosial yang memaparkan seorang nelayan yang hanyut di tengah laut diselamatkan oleh sekumpulan lelaki.

Menerusi video berkenaan, mangsa dilihat terkapai-kapai berpaut pada pelampung jaring nelayan.

Mangsa dan ayahnya telah turut ke laut sejak awal pagi

Menurut mangsa, dia dan ayah turun ke laut sejak awal pagi dan bot telah karam lebih kurang jam 10 pagi.

Video berkenaan telah dikongsikan oleh seorang pengguna laman Facebook yang bernama Mohd Sufi.

Ayahnya masih belum dijumpai

“Alhamdulillah, Syukur terhadap Illahi, hari ini saya bersama rakan2 telah menjumpai nelayan yang hanyut bot karam di perairan batu laut ketika saya ingin menuju jalan pulang pada jam 4.50 pm”.

“Dengan duka citanya beliau (mangsa) bersama ayah nya dan info yang saya dapat dari mangsa ayah nya sudah tengelam di dalam laut dan masih belum dijumpai”.

Ayahnya telah karam pada jam 10 pagi

“Beliau (mangsa) dan ayahnya turun ke laut pada awal pagi. Beliau (mangsa) dan ayah nya telah karam pada jam 10am”.

“Setelah sampai jeti batu laut , Ambulan telah membawa beliau (mangsa) ke Hospital Banting”.

Marilah sama-sama berdoa agar ayah beliau ditemukan secepat mungkin

“Beliau (mangsa) tiada mengalami kecederaan yang serius. Marilah kita sama-sama berdoa agar ayah beliau (mangsa) ditemukan secepat mungkin”. 

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berdoa semoga ayahnya dipertemukan secepat mungkin dan mereka turut menitipkan kata-kata semangat kepada mangsa.