“Biar papa asal bergaya” Tak Bayar Loan Sehingga 36 Bulan, Kedai Motosikal Dedah Senarai Penghutang

Motosikal merupakan salah satu aset yang penting perlu ada bagi memudahkan kegiatan harian pengguna. Beruntung dengan adanya ‘loan’ kedai, merekamasih mampu memiliki aset idaman mereka itu.

Walau bagaimanapun, masih ada individu yang menyalahgunakan ‘loan’ itu dengan tidak membayar hutang-hutang mereka kepada kedai yang telah memberikan mereka pinjaman berkenaan.

Baru-baru ini tular satu hantaran di laman Facebook pengguna Motor Mok Mung, suatu senarai nama ‘penghutang’ dikeluarkan sebagai tanda amaran tunggakan motor loan kedai tersebut.

Pihak kedai motosikal tersebut turut menyatakan bahawa sila jelaskan bayaran dengan kadar segera kepada mereka.

Jika gagal berbuat demikian, penghutang-penghutang ini akan dikenakan tindakan selanjutnya.

Terdapat kira-kira lebih 160 nama ‘penghutang’ disenaraikan berserta model dan jumlah tunggakan mereka.

Difahamkan, antara model motosikal menjadi pilihan mereka ini ialah Yamaha Y15ZR, Yamaha R15, Yamaha NVX, dan Honda Beat.

Berdasarkan hantaran tersebut, rata-rata penghutang ini mempunyai tunggakan melebihi 6 bulan dan kebanyakannya berbelasan bulan hutang tidak berbayar.

Paling tertinggi, selama 36 bulan tunggakan iaitu bersamaan dengan 3 tahun berhutang.

Ketika artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah mendapat 2.4K komen, dan 1.9K perkongsian di laman Facebook.

Meninjau di ruangan komen, warga netizen bersimpati dengan kedai tersebut sedangkan kedai motor tersebut hanya ingin membantu pelanggannya mendapatkan motosikal yang diinginkan oleh mereka.

Bukan itu sahaja, ada juga warganet yang mencemuh dan marah akan sikap penghutang-penghutang yang melarikan diri tanpa membayar hutang piutang mereka.

Antara komen netizen:

“Nurul Nur tak semua orang bekerja ada payslip. Tak semua orang berniaga duit masuk bank – tak ada bank statement. Tapi kalau ada duit, insyaAllah boleh buat loan kedai. Loan kedai bertujuan utk membantu individu yg tiada dokumen yg lengkap utk buat loan dengan mudah dgn syarat membayar sejumlah deposit dan diteruskan dgn bayaran bulanan max selama 3 tahun. Namun, segelintir org kita taktau berterima kasih, bila dh diberi peluang yg baik.”

“Biar papa asal bergaya😂”


“kesian kedai elok nak tolong orang sekali orang buat taik 😰”

Hantaran yang tular di Facebook: