Viral
Ngidam Naik Kereta Kebal Sampai Menangis, Anggota ATM Bantu Tunaikan Hajat Wanita Ini

Kita sering dengar dimana apabila seseorang wanita itu mengandung dia akan mengidam macam-macam dan terkadang di luar kotak malah tak tercapai dek akal seperti ingin makan benda yang bukan makanan, mandi di tengah-tengah hujan dan banyak lagi permintaan aneh.
Bagaimana pun, ibu hamil bukanlah sengaja atau mengada teringin makanan atau melakukan perkara yang diluar jangkauan, namun berlakunya perubahan hormon menyebabkan mereka mengidam.
Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita hamil mengidam untuk menaiki kereta kebal sehingga menangis teresak-esak mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @omma_ellysha76, dia menerima whatsapp daripada anak keduanya yang hamil mengatakan dia mengidam untuk menaiki kereta kebal.
Pada awalnya dia hairan bagaimana hendak menunaikannya dan meminta anaknya itu agar tidak membuat permintaan yang sukar untuk ditunaikan.
Pun begitu, oleh kerana kasihan melihat anaknya mengidam, dia membawa anaknya itu ke Kem Angkatan Tentera Malaysia di Sungai Besi.
Berdasarkan sebuah lagi video lain, dapat kita lihat mereka dalam perjalanan ke kem Sungai Besi dan berhenti seketika selepas melihat banyak trak Tentera.
Tanpa memikirkan soal malu, dia terus meminta izin pada anggota yang berada di kawasan berhampiran untuk membawa anaknya yang sedang hamil menaiki kenderaan itu.
Mereka bagaimanapun terus diminta pergi ke kem dan siapa sangka atas budi bicara anggota tentera, mereka berpeluang untuk merasai sendiri menaiki kereta kebal tersebut.
Apa yang lebih sebak adalah, ibunya menitiskan air mata apabila mampu menunaikan hasrat anaknya yang mengidam untuk menaiki kenderaan tersebut yang mana kita tahu bukan calang-calang orang boleh berada di dalam kereta kebal itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut berasa gembira melihat anaknya yang dapat melepaskan mengidam menaiki kereta kebal itu.
Bukan itu sahaja, netizen juga kagum dengan sikap anggota tentera yang memberikan keizinan dan mengemas dalaman kereta kebal untuk dinaiki wanita berkenaan.
Tidak cukup dengan itu, majoriti netizen mendoakan agar anak yang bakal dilahirkan nanti akan menjadi pelapis buat negara dan berjuang untuk tanah air
Antara komen warga maya:
“Aku lak rasa sedih dan bangga terbaik ATM Malaysia”
“Mana lah tahu kot2 nanti baby tu jadi pejuang tanah air”
“Saya faham sangat orang mengidam ni.. tak dapat kita boleh nangis.. dah dapat pun kita akan nangis terharu”
“Mudah mudahan baby yang dikandung tu jadi sebahagian perwira negara”
“Semoga baby dalam kandungan menjadi salah seorang tentera penyambung legasi keselamatan pertahanan negara”
“Respect abang2 ATM.. tergambar kegembiraan di wajah dapat naik kete kebal”
Video yang tular di laman TikTok:
@omma_ellysha76 part 1 alhamdulillah..walau sesat..dgn jalan bnyak yg tutup .kaki sampai jugak..dapat melalui info abam askar yg baik hati..semiga allah yg dapat membalasnya..#kuasaviraltiktok #angkatantenteramalaysia #tenteradaratmalaysia #fypシ #mengidamnaikkeretakebal #keretakebal @ainnursyafiera ♬ Lagu Sedih – Rusli Ridwan
@omma_ellysha76♬ Ya Maulana (Remastered) – Sabyan
@omma_ellysha76♬ Syukran Lillah (Sabyan) – Sabyan
@omma_ellysha76 part 4 takda sound..mana pi taktau laaa…#abamaskarbaik #tenteradaratmalaysia #fypシ #mengidamnaikkeretakebal #keretakebal ♬ original sound – Omma_Ellysha
"No need to sour-sour, absolutely correction!!" Mak Lailerss

You may like
Popular

“Anak Bertuah” – Bawa Balik Makanan Jamuan Untuk Ibu, Tapi Letak Mee Tanpa Bekas Dalam Beg Sekolah

“Jem Terus Macam Mana Nak Mandi” – Terkejut Design Tandas Hotel Lut Sinar, Reaksi Geng Lelaki Ini Buat Netizen Terhibur

Ibu Bapa Ini Buat Persiapan Raya Dengan Hiasi Pusara Anak Bertemakan “Hello Kitty”

Netizen Geli Hati Tengok Cubaan Murid Perempuan Menculik Kucing di Sekolah Gagal, Siap Nak Seludup Dalam Beg!

Burger Malaysia Versi Ramadan, Roti Liat Dicalit Sos, Inti Ikan Bilis Hangit! Sayur Langsung Tak Nampak Bayang
