Connect with us

Viral

“Balik sekolah pergi ‘rumah’ ibu boleh?” Anak Buah Mahu Ke Pusara Ibu Selepas Sekolah Buat Wanita Ini Sebak

Diduga dengan pemergian orang tersayang, bukanlah satu perkara yang mudah. Tambahan pula apabila anak-anak masih kecil dan masih memerlukan kasih sayang dari insan yang bergelar ibu atau bapa.

Walaupun telah pergi, namun perasaan rindu pada insan tersebut pastinya sangat berat namun hanya mampu melawat ke pusaranya sahaja.

Persis dengan kisah kali ini dimana seorang kanak-kanak kecil yang pertama kali memasuki sekolah ingin ke pusara ibunya selepas tamat hari persekolahan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @sweetiepi418 dikenali sebagai Emylia, kelihatan anak buahnya itu masuk sekolah buat pertama kali.

Menurut wanita itu, anak buahnya yang mesra dipanggil Hana meminta dia untuk melawat pusara ibunya selepas pulang dari sekolah nanti.

Namun begitu, perkara itu dituruti oleh Emylia asalkan anak buahnya itu tidak akan menangis di sekolah.

Difahamkan, kanak-kanak tersebut ingin memaklumkan pada arwah ibunya bahawa dia telah mula bersekolah apabila pulang dari sekolah nanti.

“Sebak.. arini acu & baba temankan hana ye. Alfatihah untuk ummi hana..mesti umi bangga tengok hana tak nangis pun pergi sekolah. Hana cakap balik nanti nak jumpa umi bagitahu dia dah sekolah” – tulis Emylia di ruangan kapsyen video TikToknya.

Video yang tular di laman TikTok:

@sweetiepi418done kuturuti♬ original sound – 💐Seindah NamaMu💐

 

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 209.3K tontonan, 15.2K tanda suka, 349 komen dan 108 perkongsian di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen sebak dengan video perkongsian tersebut dan ada juga menyifatkan bahawa kanak-kanak berkenaan rindu akan arwah ibunya.

Dalam pada masa yang sama, para netizen juga turut menitipkan doa agar kanak-kanak itu berjaya dunia dan akhirat kelak.

Antara komen para netizen:


Sumber: TikTok @sweetiepi418

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)