“Bakar patung tu” Tangan Misteri Belai Rambut Budak Bikin Bulu Roma Meremang

Kewujudan makhluk halus di sekeliling kita tidk boleh disangkalkan kerana ‘mereka’ ini juga merupakan ciptaan Allah jadi kita harus percaya akan keberadaan mereka.

Ada yang percaya makhluk halus ini juga berupaya menjelma dalam satu bentuk yang sangat menyeramkan.

Namun ada kalanya, ia hanya memberikan ‘hint’ sahaja untuk memberitahu kepada manusia bahawa dia ada disekeliling kita.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pengguna TikTok berkongsikan sebuah video yang seram dan boleh buat bulu roma berdiri tegak mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @crowghostadventures itu, seorang kanak-kanak perempuan duduk di depan almari dan yang lebih menyeramkan, tiba-tiba muncul sepasang tangan sedang membelai rambutnya daripada belakang.

Pun begitu, apabila si perakam mendekati budak tersebut, tangan itu kelihatan hilang dengan sekelip mata. Tidak pasti ama ada ia lari ataupun lesap secara misteri.

Apa yang pelik dan masih menjadi tanda tanya adalah, budak perempuan tersebut dilihat kakuu dan tidak bergerak dalam posisi duduk.Dia jelas tidak memberi sebarang respon ketika dikejutkan oleh perakam.

Video yang tular di laman TikTok:

@crowghostadventures DO NOT WATCH THIS ALONE…. #HobbyCGAmahalBossku #fyp ♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Meninjau di ruangan komen, ada juga yang meminta untuk patung yang berada berdekatan budak perempuan tersebut dibakar atas sebab-sebab tertentu.