Kulit Muka ‘Unik’ Pernah Diejek, Gadis Ini Tetap Bersyukur Dengan Kurniaan Ilahi

Cantik itu sememangnya satu perkara yang subjektif dan setiap orang mempunyai kelebihandan keunikkan masing-masing. Namun, ada juga di antara kita yang ‘selamba’ body shaming atau face shaming orang lain sehinggakan seseorang itu hilang keyakinan dalam diri.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang gadia ini mempunyai ‘sesuatu’ dimuka yng membuatkannya unik.

Mungkin bagi sesetengah individu, mempunyai tanda lahir yang agak ketara pada wajah dianggap ‘mencacatkan’ penampilan tetapi berbeza dengan remaja yang mahu dikenali sebagai Anis ini.


Bagaimana pun, wanita ini agak aktif berkongsi video mengenai diri dan aktivitinya bersama rakan-rakan di media sosial, di mana ia sebagai salah satu cara untuk memupuk keberanian berdepan dengan khalayak.

Memetik laporan mStar, Anis berkata ianya memang wujud sejak lahir lagi.

“Kemudian seiring dengan peningkatan usia, tanda tu ikut membesar sekali. Saya ada rujuk pakar kulit.

“Dan mereka cakap jika ada sesuatu kelainan terjadi, cepat-cepat rujuk semula dengan pakar, takut berkemungkinan boleh terkena penyakit lain seperti kanser kulit,” ujar gadis yang menetap di Ipoh, Perak ini.

Anis juga tidak terkecuali menjadi mangsa usikan rakann-rakannya namun gadias berusia 16 tahun ini lebih memilih untuk mengambil perkara itu dari sudut yang positif.

“Masa tadika, saya baru nak berkawan. Ada juga rasa malu nak jumpa kawan-kawan takut ada yang pelik. Tapi bila dah lama-lama, just be yourself.”

“Biasalah kawan-kawan waktu sekolah rendah ejek panggil ‘tompok-tompok’ tapi tak ambil hati sangat. Saya cuma pekakkan telinga dan buat hal sendiri.”

“Selalunya nenek yang motivate. Dia selalu pesan ‘kamu tu bukannya cacat cuma kulit saja terlebih sikit. Adalah hikmah tu’. Saya pun tidak ambil peduli apa yang orang kata,” ujar penuntut tingkatan empat ini.

Dalam masa yang sama, Anis berysukur kerana ramai yang memberikan kata-kata semangat di laman TikToknya.

“Tapi ada juga komen ‘yang puji ni mesti perli’. Saya cuma abaikan dan ambil mana yang positif sahaja. Ada juga yang komen ‘ini filter ke?’. Ada juga yang komen ‘conteng muka ke?’.”

“Saya pun dah penat nak jawab. Takkanlah setiap kali nak buat content, saya kena conteng. Mustahil orang nak conteng mukanya macam tu,” katanya lagi.”

“Kalau kita tak positif, persekitaran pun tak positif, semua yang kita nampak akan jadi negatif dan dorong untuk berfikir ‘kenapa aku tak cukup, kenapa aku tak lawa atau handsome macam dia?’.”

Video yang tular:

@thvanis Reply to @thvanis ♬ I Hate U – SZA

“Semua ni akan attack kita dan terus overthinking. Letak mindset yang kita dah sempurna, elok, cantik. Ada orang di luar sana yang tak cukup sifat dan ada masalah lain yang lebih teruk dari kita.”

“Jadi kita bersyukur dengan apa yang ada. Saya seorang peminat Kpop, dan muzik Kpop ni adakalanya pupuk sifat untuk sayangi diri sendiri.”

“Dari situ saya belajar sayangi diri dan menerima kekurangan diri,” katanya lagi.