Bakal Berkongsi Khabar Gembira, Mas Idayu Mohon Doa Yang Baik-Baik

Sebelum ini, penyanyi dangdut yang terkenal dengan lagu ‘Cintaku 100%’  ini sudah menerima ‘tanda’ oleh jejaka pilihannya.

Mas Idayu atau lebih mesra disapa dengan panggilan Mummy ini bakal berkahwin dan mengesahkan akan menamatkan zaman jandanya dengan lelaki pilihan yang juga penerbit eksekutif sebuah stesen televisyen, Sufia Isa pada 16 September depan.

Difahamkan Mas Idayu sudah saling mengenali Sufian sejak program Mentor 3 pada 2008 cuma baru menjalinkan hubungan ke arah yang lebih serius sejak beberapa bulan lalu.

Menerusi pautan di laman Instagrammnya, Mas Idayu berkongsi gambar telah menerima bunga daripada Sufia Isa itu mendapat perhatian pengikutnya.

Memetik laporan Media Hiburan, Mas Idayu juga memohon doa yang baik-baik selepas tampil menjawab khabar angin yang mendakwa dia dan pasangan bakal bernikah bulan September depan. Dia juga menjelaskan bahawa akan berkongsikan berita baik jika semua persiapannya sudah selesai.

“Insya-Allah, doakan yang baik-baik buat kami dan dipermudahkan semuanya. Saya akan berkongsi berita gembira ini kepada semua tidak lama lagi..”

“Kebetulan pada 21 Ogos in saya akan mengadakan majlis An Exclusive With Mummy Mas Idayu, Meet & Greet dan Pelancaran Twenty Skincare.”

“Lagi pula, ada beberapa perkara lagi yang perlu diselesaikan. Jadi, mohon untuk doakan segala yang dirancang ini berjalan lancar…”

“Saya nak berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan kata- kata yang positif buat kami.”

Mas Idayu juga sempat berkongsi ‘update’ persiapan perkahwinannya.

“Macam yang pernah saya kongsikan, soal persiapan ini tak boleh terburu-buru. Saya juga akan berkongsi mengenai berita gembira in jika semuanya sudah siap.”

“Untuk masa sekarang, alhamdulillah perkara dan bahagian penting sudah siap. Tinggal lagi beberapa perkara kecil seperti barang hantaran.”

“Saya kalau boleh memang nak ikut cara orang dulu-dulu yang mana beli barang mengikut pilihan kita yang dirasakan sesuai dan kesukaan pasangan itu. Tidak mahu keluar bersama pergi cari barang, walaupun dia ajak saya.”

“Jadi, kalau nak tahu apa yang saya suka dia akan bertanya kepada orang terdekat saya. Begitu juga sebaliknya,” ujarnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet juga turut mendoakan kebahagiaan penyanyi dangdut itu serta berharap agar segalanya dipermudahkan.

Antara komen netizen di laman Instagram:

“Wow..mummy so happy semoga sihat selalu sama daddynyaa..”


“Auch..till jannah”

“Semoga dipermudahkan urusan..”

“Wow sweetnya daddy.. pandai buat mami happy..”

Pautan yang tular:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Masidayu Mesnun (@masidayu1001)