“Tanpa sebarang amaran, saya hampir buta” Ben Amir Dedah Punca Mata Bengkak Sampai Berdarah

Pelakon Muhammad Ben Amir Sabaruddin atau lebih dikenali dengan Ben Amir sebelum ini ada berkongsi pautan berkenaan dirinya yang berada di katil hospital dan bakal menjalani pembedahan tanpa berkongsi puncanya kepada umum beberapa bulan yang lalu telah mencuri perhatian warganet di laman Instagram.

Semasa gambar di katil hospital dimuat naik itu juga dia menjelaskan bahawa dia telah melalui 3 minggu proses pemulihan yang perlahan dan menyakitkan.Meskipun, tidak diketahui punca pembedahan tesebut rata-rata pengikutnya menitipkan doa agar cepat sembuh.

Namun, baru-baru ini pelakon Ben Amir telah tampil di laman Instagramnya dan berkongsi video yang mendedahkan punca yang menyebabkan terpaksa melalui prosedur pembedahan mata.

Menerusi ruangan kapsyen, Ben Amir menjelaskan dia hampir buta di bahagian mata sebelah kiri gara-gara terlibat dengan kemalangan Jun lalu.

Video berkenaan memaparkan proses pemulihannya di hospital dan gambar dari awal sehingga akhir proses mata kirinya yang cedera teruk.

 

” Kejadian yang mengubah pandangan saya tentang kehidupan. Tanpa sebarang amaran saya hampir menjadi buta. Proses pemulihan tersebut amat sukar dari segi mental dan fizikal. Saya tertekan dan lemah. Hari ini saya semakin pulih dan berasa kuat semula.

Terima kasih Allah kerana membantu saya dan terima kasih kepada semua orang yang berdiri teguh di samping saya ketika saya berada di bawah. Sekarang adalah masa untuk maju ke hadapan dan berkembang.” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, ramai warganet yang mendoakan agar Ben Amir cepat sembuh dan matanya akan pulih seperti sedia kala.

Antara komen warganet di lama Instagram:

“Ya ALlah pulihkan segera anak ku sweetdream @benamir, moga Allah permudahkan segala urusan mu..”

“Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan..”


“Alhamdulillah…Ben dah sihat.. semoga dipermudahkann Allah..ngeri tengok.”

“May things go back to normal and better for yoou..”


Video yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BenAmirr (@benamirr)

Sekadar info, Ben Amir ialah seorang yang pemalu. Dalam tahun 2020, beliau pernah menjadi perhatian umum kerana memilki wajah seiras ahli politik Syed Saddiq.