Dimaki Azwan Ali Gara-Gara Lambat Serah Tempahan Sejadah, Azza Elite Tampil Bidas ‘Mulut Puaka’

Seorang bekas anggota penyanyi kumpulan ELITE dan juga pelakon wanita yang dikenali sebagai Azza Elite atau nama sebenarnya Noor Azzarima binti Zawari telah kehilangan bapanya pada Isnin lepas. Masih bersedih dengan pemergian insan tercinta dia terpaksa berdepan dengan pengunaan kata-kata berbaur makian oleh Azwan Ali terhadapnya di media sosial.

Menerusi perkongsian pautan yang dimuat naik oleh Azza Elite di laman Instagramnya, dia telah tampil dan meluahkan rasa sedih terhadap Azwan Ali kerana seolah-seolah tidak memahami situasi yang berlaku kepadanya baru-baru ini.


“I tak pernah cari pasal dgn sesiapa . Balik Sg pun baru berapa hari terus sibuk nk pikir urus mak i.”

“Dgn bapak i sakit . Tak boleh nk fikir org nk beli sejadah ke ape ke i pikir  ayah dan mak i je !keadaan parent i .. dlm dunia ni biar kita dahulukan mak ayah kita ya bang .”

“Sampai hati dia tulis mcm ni .. Bapak i meninggal semalam paham tak…” tulisnya di kapsyen.

Difahamkam Azwan Ali naik angin kerana mendakwa Azza lambat menyiapkan tempahan sejadah jualannya. Tempahan yang dibuat juga sudah mengambil masa selama seminggu.

Azza juga memberikan kata kata yang positif dan tidak memarahi dengan tindakkan Azwan Ali. Dia juga turut memuji niat baik Azwan Ali kerana membeli sejadah jualannya.
Namun, percakapan dan penulisan Azwan perlu diperbaiki kerana dianggap tidak manis.

” Jgn sesuka hati maki ! Sebab dah terbiasa mulut tu maki org jadi makanan kau ! Niat tu baik nk beli sejadah aku bersyukur ! Tp dlm masa yg sama fikir juga keadaan org lain . Saya baru kehilangan ayah tau .jgn buat ank yatim mcm ni bang !”

“Dan jgn lupa kematian tu sgt dekat dgn kita . Ingat Allah ya bang sblm nk ckp apa apa . Abg niat nk beli sejadah tu bagus sgt .”

“Yg tu A bang .. Tp cara tu mcm x manis sgt ..Bagus sgt Abang Jaga hubungan dgn Allah tp Allah juga suruh kita jaga hubungan sesama hamba . Keterujaan Abg nk pakai sejadah Azza tu Azza syukur”.

“Ini kali aku lawan ! Lawan dgn doa agar Abg wan bertemu husnul khotimah”. ujarnya lagi di ruangan kapsyen.

Di akhir tulisnya dia juga mendoakan agar Azwan Ali bertemu husnul khotimah dan menyelesaikan masalah tersebut dengan cara yang baik. Tidak perlu untuk meluahkan rasa tidak puas dengan kata-kata kesat di laman Instagram.

Gambar yang tular di laman Instagram: