“Baju merah dah jadi lelaki ke?” Nak Share 10years Challenge, Tapi Orang Sebelah Jadi Perhatian

Memasuki tahun baru 2020 pastinya menjadi penanda aras baru bagi sesetengah orang untuk menjadi lebih baik.

Tidak ketinggalan warga Twitter ada berkongsi perubahan selama 1 dekad iaitu 10 tahun sejak tahun 2010 hingga sekarang.

Challenge tersebut tular, dan tidak ketinggalan seorang pengguna dengan nama Aidiq turut berkongsi perubahannya selama 10 tahun.

Aidiq berkongsi gambarnya side by side yang menunjukkan dirinya bersama individu lain.

Walaubagaimanapun, apa yang lebih menarik perhatian adalah orang yang berada di sebelahnya iaitu yang memakai baju berwarna merah.

Rata-rata pengguna Twitter bingung dengan wanita sebelah Aidiq yang dilihat seolah-oalh bertukar jantinna.

“Siapa yang pakai baju merah tu”

“Yang baju merah dah tukar jadi lelaki ke”

Itulah antara persoalan oleh warga Twitter apabila melihat gambar tersebut yang menimbulkan persoalan di minda mereka.

Namun, tidak melatah dengan persoalan itu, Aidiq telah memberikan penjelasan tentang indiviidu berbaju merah.

Menurut Aidiq, kedua-dua individu berbaju merah adalah orang yang berlainan.

Pada asalnya, Aidiq hanya mahu menunjukkan perubahan fizikal pada tubuh badannya dan memuat naik gambar tersebut.

Tetapi tanpa disangka-sangka, persoalan yang lain pula mula timbul kerana kekeliruan yang tidak disedarinya.

Tambah lelaki yang baru berusia 25 tahun itu, sebenarnya dia mahu menunjukkan perbezaan beratnya 49kg dan kini 58kg.

Aidiq tidak perasan rakan perempuannya dan model lelaki di sebelahnya memakai baju dengan warna yang sama hingga membuatkan netizen keliru.

Rentetan daripada itu, Aidiq menegaskan bahawa kedua-dua gambarf tersebut adalah dirinya bersama dua individu yang berbeza.

Aidiq tutur menjelaskan berat badannya meningkat hampir 10kg kerana faktor kerjanya kini mengikut syif dan pola pemakanan yang tidak teratur.

Berikut adalah komen warga Twitter di posting Aidiq.

Mula² tengok gambar ni engatkan pompuan tu transform jd laki .. rupenye u nk tunjuk yg u glow up, actually u yg dulu n skang dlm gambar ni same je, xde beza huhu 

Sis tukar body ke? 

Wehh, kesian kawan hang yg pompuan tu, tak pasal2 kena fiitnah tukar jantina…