Satu kejadian yang menyayat hati berlaku di Thailand apabila seorang kanak-kanak perempuan yang baru berusia dua tahun ditinggalkan di hadapan pintu sebuah rumah kebajikan oleh ibunya sendiri.

Menurut perkongsian di Facebook, ibunya sanggu melakukan perkara itu setelah suami barunya tidak mahu menerima kanak-kanak itu sebagai anak tirinya.

Cerita itu dikongsikan oleh Ake Srisuwan di laman Facebook miliknya.

Menurut Ake seorang pekerja sosial di rumah kebajikan itu telah membuat laporan polis pada jam 3.45 petang, 12 Januari 2020.

Pegawai polis terlibat, Leftenan Kolonel Thawatchai Nanthaphan dari Balai Polis Lopburi berkata, terdapat seorang wanita yang memakai topi keledar dan menunggang motosikal yang menekan loceng Rumah Kebajikan Keluarga dan Kanak-kanak Lopburi yang terletak di Daerah Mueang, Wilayah Lopburi.

Apabila staf membuka pintu, seorang kanak-kanak perempuan melangkah masuk bersama beg plastik berisi pakaian dan sepucuk surat.

Dalam surat itu tertulis:

Saya ingin meminta jasa baik Krisana Chomprasert atau GSB untuk menjaga anak ini secara kekal. Ini kerana saya tidak dapat jaga anak ini dan memberinya masa depan yang baik kerana kemiskinan.

Saya ada keluarga baru dan suami saya yang baru tidak mahukan anak ini dan tidak menerima anak ini sebagai anaknya.

Maaf terpaksa buat begini dan inilah yang terbaik.

Walaubagaimanapun, di penghujung suratnya dia menulis:

Ibu mana tak sayangkan anak, tapi ibu juga ada keperluan.

Lebih menyedihkan apabila terdapat kesan berbirat dan lebam di lengan dan belakang badannya itu, mungkin perbuatan penjaganya sebelum ini.

Pekerja sosial itu terus membawa kanak-kanak itu ke hosspital untuk pemeriksaan doktor setelah selesai memberi keterangan kepada pihak polis.

Perkongsian di Facebook Ake kini telah dikongsikan lebih 14,000 kali dan mengundang rasa sedih netizen terhadap apa yang berlaku.


Rata-rata netizen mendoakan agar kanak-kanak terbabit dijaga dengan baik dan mendapat keluarga angkat yang penyayang.

"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.