[VIDEO] “Baju bibik sedondon, siap dapat duit raya” Eina Azman Dipuji Murah Hati dan Tak Sombong

Selebriti cantik, Datin Paduka Eina Azman sememangnya terkenal dengan sikapnya yang sangat menghargai pekerjanya.

Pembantu rumahnya sendiri dilayan bagaikan keluarga dan Eina tak pernah berkira dengan mereka.

Terbaru, sempena dengan hari raya Aidilfitri tahun ini, Eina Azman sekali lagi memberikan penghargaan  kepada pekerja-pekerjanya itu.

Dengan pakaian baju raya warna sedondon, pembantu rumahnya dilayan persis keluarga sendiri.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, eina Azman memuat naik foto-foto dan video dirinya bersama pembantu rumahnya.

Slide ke kanan untuk video.

“W my beautiful biks2 Mega n Marilou”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eina Azman (@eina_azman) on

Dua orang pembantu rumahnya itu bukan sahaja memakai baju raya dengan warna sedondon dengan Eina, malah mereka juga diberikan duit raya.

 

View this post on Instagram

 

My 💚 @datopadukakaiser

A post shared by Eina Azman (@eina_azman) on

Rata-rata peminat memuji Eina Azman kerana sangat bermurah hati dan tidak sombong walaupun bergelar Datin Paduka.

Semoga Datin Eina Azman dan keluarga sentiasa dimurahkan rezeki dan bahagia hingga ke akhir hayat.