[VIDEO] “Suara serak basah” Menyanyi Sebab Hobi, Tapi Ramai Terpegun Suara Eina Azman

Pelakon Eina Azman menarik perhatian pengikutnya selepas menunjukkan bakat nyanyiannya. Perkara itu berlaku selepas Eina berkongsi sepotong video pendek di akaun Instagramnya semalam. Video tersebut merakamkan Eina sedang menyampaikan sebuah lagu berjudul Rela nyanyian Inka Christie. Bagaimanapun Eina memaklumkan hanya menjadikan nyanyian sebagai sebahagian daripada hobinya sahaja. “Selepas paksaan kawan-kawan Eina yang dah berbulan-bulan lamanya, [...]

Para peminat pelakon cantik Eina Azman pastinya selalu mengikuti perkembangan beliau di laman Instagram.

Namun perkongsian terbaru dari Eina telah menarik perhatian pengikutnya selepas menunjukkan bakat nyanyiannya.

Di dalam satu muat naik di Instagram, Eina Azman berkongsi satu kloip pendek beliau menyanyi.

Di dalam video tersebut merakamkan Eina sedang menyampaikan sebuah lagu berjudul Rela nyanyian Inka Christie.

Menurut Eina, setelah berbulan-bulan dipaksa kawan-kawan, akhirnya dia buat keputusan memuat naik video tersebut.

Eina juga menyatakan yang dia memang suka sangat menyanyi walaupun syok sendiri di dalam kereta ataupun semasa memasak.

“After paksaan kwn kwn Eina yang dah berbulan2 lamanya, finally I decided to post this on my instagram

“I think many of you may not know this about me, but I love and enjoy singing very much hehe.

“Sejenis syok sendiri nyanyi dlm toilet, dlm kereta, tgh masak, tgh buat kerja, mandikan anak haha  Ada tak sesiapa yg sama mcm Eina jugak? .

“Video ni nyanyi suka suka je, so please be nice on the comment section okay”

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya terpana mendengar suara Eina dan tidak menyangka memiliki bakat terpendam.

Jika sebelum ini Eina selalu berkongsi video memasak, mereka seolah-olah tak menyangka Eina mempunyai bakat yang besar dalam menyanyi.

Malah, ramai peminat turut meminta agar Eina terus berkongsi video nyanyiannya di dalam posting akan datang.

Sebelum ini Eina telah berkahwin dengan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah pada 31 Ogos 2014.

Pasangan ini telah dikurniakan sepasang kembar comel iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef yang kini berusia empat tahun.

Eina Azman juga turut terkenal dengan sikap murah hati beliau terhadap pembantu rumahnya.

BACA: [VIDEO] “Baju bibik sedondon, siap dapat duit raya” Eina Azman Dipuji Murah Hati dan Tak Sombong