[VIDEO] Penantian 3 Tahun, Anzalna Nasir Selamat Lahirkan Cahaya Mata

Pelakon cantik Anzalna Nasir telah selamat menimang cahay mata pertamanya pada Jumaat lepas.

Menurut suaminya Hanif Zaki, Anzalna telah melahirkan seorang bayi lelaki dengan skeadaan yang sihat pada 31 Mei yang lalu.

Menerusi laman Instagram miliknya, Hanif memuat naik video saat menyambut kelahiran anak lelakinya itu.

“Segala puji hanya bagi Allah tuhan sekalian alam. Alhamdulillah , isteri saya telah selamat melahirkan anak lelaki kami pada 31/5/2019, Jumaat yg lalu.

“Perasaan yg tak dapat saya gambarkan. Both baby and mummy are well and ready to rock my world, syukur”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

 

Anzalna turut memuat naik video tersebut dengan kapsyen:

“Jumaat, 31.5.19 Syukur Alhamdulillah dipermudahkan segalanya. Setelah sekian lama menantikan kehadiran cahaya mata, akhirnya, bertemu jua!

“Raya yang paling bermakna buat kami sekeluarga. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan untuk kami. ❤️

“Watch full video on my youtube channel. Husband: @hanif_zaki “

Rata-rata peminat merasa gembira dengan berita itu dan meninggalkan komen di Instagram Anzalna.

Tahniah sekali lagi buat pasangan Anzalna Nasir dan suami di atas anugerah tuhan ini. Semoga berbahagia hingga ke syurga.