“Baiknya diaa” Pelanggan Lupa Bawa Dompet, Reaksi Juruwang Ketika Buat ‘Sosial Experiment’ Ini Buat Ramai Kagum

Setiap daripada kita diajar untuk berbuat baik antara satu sama lain sejak daripada kecil lagi. Namun, masih ada segelintir individu yang tidak mempraktikkannya dalam kehidupan seharian malah memilih untuk mementingkan diri sendiri dalam segala hal.
Iospital phone repair gombak
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana sikap seorang gadis yang bekerja sebagai juruwang di sebuah stesen minyak ini mencuri perhatian ramai.

Difahamkan pada awalnya pelanggan yang dikenali sebagai Pinn Yang itu ingin membeli sebotol minuman isotonik namun memaklumkan dia terlupa untuk membawa dompet.

“Saya lupa bawa wallet,” kata Pinn Yang sambil meletakkan botol minuman di atas kaunter bayaran stesen minyak tersebut.

Namun, jawapan gadis yang mesra disapa sebagai Tasha itu sangat tidak disangka-sangka lelaki berkenaan.

“Tak mengapa, saya belanja,” kata Tasha ringkas tanpa ada sedikit pun rasa ragu-ragu.


Pinn Yang kemudiannya cuba meminta kepastian daripada Tasha tentang kerelaannya untuk membayarkan minumannya itu.

“Tunggu-tunggu,” kata Pinn Yang yang secara tiba-tiba menghalang Tasha mengeluarkan duitnya sendiri.

“Tak apa saya belanja. Tak payah. Tak mengapa. Saya ada (duit),” kata Tasha yakin dan berkeras untuk membantu Pinn Yang.

Tanpa berlengah, Pinn Yang terus mendedahkan apa yang dilakukannya sebentar tadi adalah sebahagian daripada eksperimen sosial untuk melihat siapa yang sudi untuk membantunya ketika dalam kesusahan.

“Saya ada. This is for you. Sebab awak sudi tolong saya. Ini adalah sosial eksperimen,” kata Pinn Yang sambil meletakkan beberapa keping wang kertas RM50 di atas kaunter bayaran.

“Saya belanja awak la!

“Thank you, betul ke ni? Unexpected,” kata Tasha mengucapkan terima kasih berulang-kali sambil tercungap-cungap selepas mendapat durian runtuh.

“Tak apa saya ada duit, awak boleh bayar (pembelian minuman) guna duit tu,” ujar Pinn Yang berbesar hati kerana dapat mengukir senyuman keceriaan di wajah Tasha.

Pinn Yang selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL Foodie sememangnya dikenali kerana tidak lokek berkongsi rezeki dengan orang ramai.

Video yang tular di laman TikTok:

@pinn_yang I belanja… 🥹❤️ #foryou #socialexperiment #kindness #malaysia #fyp #storytime #kualalumpur ♬ u can use this but give creds – Julia ᥫ᭡