Isteri Fad Bocey Berang Pembantu Rumah Lari Tinggalkan Anak-Anak Di Rumah Gara-Gara Ditegur Pasal Basuh Pinggan Sahaja

Isu pembantu rumah lari ini bukanlah satu perkara yang baharu malah seringkali berlaku malah ada juga yang bukan lari ‘kosong’, mereka juga turut membawa pulang barangan berharga yang ada dirumah seperti perhiasan emas, wang tunai, telefon bimbit, card debit atau credit, motorsikal dan banyak lagi.
Iospital phone repair gombak
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana isteri kepada pelawak Fad Bocey iaitu Syaheera meluahkan rasa berang apabila pembantu rumah melarikan diri dan meninggalkan anak-anak di rumah mereka sekitar pukul 2.30 petang, Rabu.

Menurut Syaheera atau Nur Syahirah A. Rahman, pembantu rumahnya itu bertindak sedemikian dipercayai berpunca tegurannya mengenai kerja di dapur.

“Isunya pagi tadi saya tegur fasal basuh pinggan. Memang jenis yang tak boleh ditegur. Sanggup tinggalkan anak. Memang melampau!”


“Muka dia baik, kalau bercakap penuh drama air mata. Dia buat kerja tu (melarikan diri) ketika saya keluar uruskan kerja lain,” katanya.

Dia juga memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memperlihatkan pembantu wanita tersebut melarikan diri melalui pintu belakang rumah mereka.

Wanita berkenaan sempat menukar pakaian sebelum nekad untuk melarikan diri.

Dalam pada itu, Syaheera berkata pihak polis sedang melakukan rondaan bagi mengesan wanita berkenaan.

Dia juga memohon jasa baik orang ramai menghubunginya jika terlihat wanita berkenaan yang dipercayai masih berada di sekitar Setia Alam, Shah Alam.



“Kalau ada yang ternampak, tolong pegang kejap dan maklumkan kepada saya. Pihak polis juga sedang melakukan rondaan.

“Kalau saya jumpa memang akan serah kepada pihak polis untuk ambil tindakan. Tindakannya biadab,” luahnya.

Sekadar info, pelawak terkenal Fad Bocey telah berkahwin dengan pilihan hatinya, Syaheera A Rahman. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan empat orang anak iaitu iaitu pasangan kembar Favian Adrazin Hayyan, Favian Adrazin Zayyan, Nur Aminah Mishall dan yang terbaru Ibrahim Jibriel.

Semoga urusan Fad sekeluarga dipermudahkan dan redha dengan ujian yang diberikan.