Bahana Ragut Wanita Warga Emas, Peragut Gelabah Lari Dikejar Tiga Ford Mustang

Jika disebut tentang meragut, tentu pelbagai kisah dan pengalaman yang dapat kita lihat di media sosial memerlukan kita ‘extra’ berhati-hati terutamanya kaum wanita yang memakai emas, beg tangan dan sebagainya.
Iospital phone repair gombak
Dahulu, jika orang nak meragut pastinya mereka akan lakukan di tempat yang sunyi namun pada zaman kini, di khalayak ramai pun mereka berani melakukan perkara terkutuk itu.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana Seorang peragut lari tidak cukup tanah apabila dia dikejar tiga buah Ford Mustang selepas meragut seorang wanita wanita warga emas hadapan kawasan perumahan mencuri perhatian ramai.

Difahamkan kejadian itu berlaku di sekitar kawasan Jalan Anggerik, Kampong Manjoi Tambahan, Ipoh kira-kira pukul 9.35 pagi dan sempat dirakan oleh CCTV salah sebuah rumah.

Semasa kejadian wanita warga emas itu berjalan seorang diri di tepi jalan, lalu beg yang dijinjingnya diragut dari belakang oleh seorang lelaki membawa motosikal.

Namun apa yang lebih menarik tumpuan ramai adalah dua buah kereta berjenama Ford Mustang mengejar lelaki berkenaan.

“Mangsa yang berusia 63 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan, namun mengalami kerugian selepas wang tunai RM1,500, telefon bimbit dan dokumen-dokumen peribadi dibawa lari oleh peragut terbabit,” kata Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Bin Hassan.

Tambahnya lagi, beliau meminta saksi lebih-lebih lagi dua pemandu Ford Mustang dan seorang lelaki berbaju putih yang kelihatan mengejar suspek tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau hubungi 016-327 8390 (Insp. Gopirajan A/L Murugiah) bagi membantu siasatan.

Rata-rata warga netizen memuji sikap kedua pemandu Ford Mustang yang bertindak mengejar lelaki tersebut demi membantu warga emas berkenaan.

Bukan itu sahaja, orang ramai juga diminta lebih berhati-hati kerana bahaya tidak mengira masa tempat dan siapa pun kita. Kerap perhatikan sekeliling ketika berjalan lebih-lebih lagi jika berada di tempat sunyi.

Antara komen wargamaya:

“Mustang kejar sobat”

“Fast and Furious Malaysia”


“Siap la kau.. kuda dah mengejar tu 3 ekor lagi tu.. yang ke 3 tu lambat sikit”


Video yang tular:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by VOCKET Car Club (@vocketcarclub)